Urutan refleksologi badan telah diamalkan oleh pengamal perubatan traditional sejak zaman kuno lagi. Ia merupakan satu kaedah yang hanya sekadar dengan urutan dan tanpa melibatkan sebarang pengambilan ubat, dadah ataupun suntikan. Biasanya pengambilan ubat pastinya terdapat kesan sampingan kepada kesihatan kita. Urutan ini mampu mengembalikan tenaga dan kesegaran setelah penat bekerja. Bagi yang berumah tangga, si isteri boleh mengurut suaminya setelah beliau penat bekerja. Sebaliknya si suami juga boleh berbuat demikian setelah si isteri penat seharian membuat kerja rumah. Proses ini mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan dan memupuk kasih sayang.
Urutan Refleksologi Badan Membetulkan Sistem Peredaran Badan
Maklamat utama urutan refleksologi adalah untuk menghilangkan punca penyakit. Apabila punca sudah tiada, maka secara langsungnya kita juga sihat tanpa penyakit. Ahli pengurut badan akan tertumpu kepada titik-titik pusat urat saraf semasa menjalankan urutan. Setiap urat sarat berhubung kait dengan organ-organ dalamam badan kita. Contohnya bagi urutan tapak kaki, urutan di ibu jari kaki berkait dengan pemeliharaan kesihatan di hidung dan kerongkong. Ia juga boleh menyembuhkan penyakit sakit kepala, leher dan sinus. Untuk maklumat yang lebih lanjut, anda boleh buat carian di google dengan key word “foot reflexology chart”.
Alatan Untuk Urutan Refleksologi Badan
Biasanya pengamal urutan menggunakan ibu jari untuk membuat urutan. Bagi anda yang ingin membuat urutan untuk diri sendiri ataupun pasangan anda, penggunaan ibu jari mungkin agak sukar kerana anda bukan merupakan pakar. Ibu jari anda akan letih dan lesuh. Lama-kelamaan, mood untuk mengurut akan hilang. Masalah ini dapat diatasi jika anda menggunakan alat khas untuk urutan refleksologi.
Alat ini diperbuat daripada kayu. Tapaknya direka khas untuk gengaman tangan. Kayu bulat di tengah khas untuk menggantikan fungsi ibu jari yang kita guna semasa membuat urutan traditional.
Saiz alat ini ialah Tebal 20mm x Lebar 50mm x Panjang 115mm untuk tapak, diameter kayu bulat 20mm. Ia diperbuat daripada kayu getah dan disembur dengan lacquer clear.
Dengan adanya alat reflexologi ini, sesi urutan anda tidak akan menjadi susah. Penat, letih dan lesuh tidak akan ada lagi dengan menggunakan alat ini. Bagi yang ingin belajar cara untuk mengurut tapak kaki, sila rujuk kepada video klip di bawah. Selamat mencuba dan semoga sihat sejahtera. 🙂

Leave a Reply