Kotak kertas sebagai gift kahwin boleh dihasilkan sendiri oleh pengantin baru. Proses pembuatannya adalah ringkas dan tidak mahal. Pengantin baru boleh mengisi coklat atau cenderamata yang lain di dalam kotak tersebut dan dihadiahkan kepada tetamu jemputan kahwin. Idea door gift kahwin boleh diperolehi dengan merujuk kepada video klip ini; 🙂
Bahan yang Diperlukan Untuk DIY Kotak Kertas Gift Kahwin
- Reben Velvet 6mm
- Reben Metallic Silver 8mm
- Reben Organza 20mm atau reben satin 20mm
- 1 keping Index paper atau kertas indeks
- Pembaris
- Pencil
- Butter knife ataupun pisau mentega
- Hole puncher ataupun penubuk lubang
- Gunting
- Hot glue gun ataupun mesin glue panas
Langkah-langkah Untuk Membuat Kotak Kertas Sebagai Gift Kahwin
- Buat tanda menegak pada kertas index yang disediakan. Tanda pertama bermula dari satu 2” dari satu hujung kad. Tanda kedua jarak 5” dari hujung kad, tanda ketiga jarak 7” dari hujung kad dan tanda keempat jarak 10” dari hujung kad.
- Ulangi langkah pertama di sudut yang sebelah lagi pada kertas index.
- Seterusnya buat tanda melintang di atas dan bawah sebelah kanan sudut dengan jarak 1.5” (untuk mendapat bahagian atas kotak). Di atas dan bawah sebelah kiri sudut pula, buat tanda dengan jarak 2” dari sudut (untuk mendapat tapak kotak).
- Langkah ke-4, setelah tanda-tanda siap dibuat, gunakan pembaris dan butter knife untuk menghasilkan garisan lipatan. Letakkan pembaris pada tanda-tanda yang berselari, kemudian gunakan bahagian belakang butter knife yang tidak tajam, tekan dan buat garisan. Di sini, akan terbentuk garisan lipatan yang senang untuk anda lipat nanti.
- Langkah ke-5, anda boleh mula untuk melipat kertas index tersebut. Lipatan bermula dengan tanda melintang yang dibuat pada langkah ke-3. Selepas itu, diikuti tanda menegak.
- Guntingkan jarak 2” di bahagian bawah sebagai tapak kotak. Ini merupakan tanda yang dibuat pada langkah ke-3.
- Pada bahagian atas yang tidak digunting iaitu 1.5”, lipatkannya dan letakkan glue panas untuk membentuk bahagian atas kotak.
- Bentukkan kertas index menjadi kotak, kemudian lekat dengan glue panas. Dari situ, bentuk kotak sudah kelihatan.
- Lekat bahagian bawah kotak dengan glue panas.
- Untuk perhiasan kotak, kita mulakan dengan reben satin 20mm atau reben organza 20mm yang disediakan. Lekatkan pada tengah-tengah kotak dengan membuat satu lilitan pada kotak tersebut.
- Ulangi langkah ke-10, tetapi kali ini dengan reben velvet yang berukuran 6mm dengan warna yang berbeza untuk mendapat kesan tampilan yang cantik.
- Anda boleh menambah perhiasan ke atas kotak tersebut. Contohnya menambah buckles yang beraneka bentuk. Lekatkannya dengan glue panas di atas reben.
Walaupun DIY kotak kertas sebagai gift kahwin ini senang dan menjimatkan wang, tetapi anda perlu mengambil kira masa yang ada. Jika masa mengizinkan, maka anda boleh membuatnya sendiri. Sekiranya masa terhad dan tetamu yang dijemput adalah ramai, anda boleh memilih untuk membuat segelintir untuk tetamu VIP dan yang baki boleh membeli dengan saya. 🙂 Klik untuk pilihan door gift. Di bawah merupakan sebilangan kecil gambar gift kahwin yang saya jual.
Gift Kahwin
Leave a Reply