Penyediaan cenderahati perkahwinan kepada tetamu merupakan idaman setiap pengantin baru. Namun, dengan kenaikan harga umum untuk semua barang-barang di pasaran telah mengakibatkan kenaikan kos perkahwinan. Amat sukar untuk mencari cenderahati perkahwinan yang murah dan unik pada masa kini.
Harga cenderahati di pasaran pada masa ini adalah di dalam linkungan RM2.00 hingga RM6.00, bergantung kepada jenis material dan desain cenderahati tersebut. Jika bajet pengantin baru tidak banyak, ini pasti membebankan mereka. Di sini adalah beberapa tips yang dapat membantu anda membeli cenderahati perkahwinan yang murah dan unik.
1. Membeli Secara Borong
Membeli secara borong atau dalam erti kata lain membeli dengan kuantiti yang banyak akan menjimatkan wang ringgit. Pembekal dan peruncit cenderahati perkahwinan akan memberi diskaun yang lebih sekiranya anda membeli banyak. Contohnya jika harga 100 biji kotak gula-gula ialah RM1.30, jika anda membeli dalam kuantiti 500 biji, harga yang ditawarkan hanya RM1.00 sahaja.
2. Pilih Yang Mudah
Anda boleh memilih barang yang senang didapati di pasaran. Contohnya magnet peti sejuk, key chain, mint tin, canister dan lain-lain lagi. Barang yang mudah didapati secara amnya harga jualannya juga murah. Perbandingan kualiti dan harga boleh dibuat sewenang-wenangnya. Dengan itu, peruncit gift kahwin tidak akan menetapkan harga yang tinggi untuk item-item tersebut.
3. Pilih Yang Kurang Daripada RM2.00
Sebenarnya anda mempunyai banyak pilihan dengan sekadar RM2.00. Terdapat banyak item yang dijual kurang daripada RM2.00. Contohnya kotak gula-gula kosong ataupun dengan perhiasan, mint tin, tuala kahwin ataupun sapu tangan kecil, sabun wangi dan sebagainya.
4. Membuat Sendiri Ataupun DIY
Membuat sendiri ataupun DIY merupakan salah satu cara yang paling berkesan untuk mendapat cenderahati yang murah dan unik. DIY boleh dibahagi kepada dua iaitu DIY penuh ataupun DIY separa. DIY penuh bermaksud cenderahati tersebut dihasilkan sepenuhnya oleh anda. Contohnya gift bag merupakan item yang sering dibuat sendiri. DIY separa pula bermaksud pengantin baru hanya membuat DIY separuh sahaja ke atas cenderahati tersebut. Biasanya penambahan perhiasan merupakan DIY separa.
Contoh gambar-gambar di atas merupakan proces DIY Separa. Pengantin baru boleh membeli kotak gula-gula kosong, reben satin dan bunga lavenders untuk menghasilkan kotak gula-gula lavender yang cantik dan unik. Dengan DIY separa ini, dijangkakan pengantin baru boleh jimat wang sebanyak RM0.50 sebiji.

Leave a Reply