Apa yang diperlukan ketika anda hendak melamar kekasih anda? Mengikut tradisi, ibu bapa dua pihak akan bertemu untuk perbincangan. Sebelum itu, ramai di antara kita yang membuat aturan tersendiri untuk melamar kekasih. Berikut merupakan beberapa idea tempat yang sesuai untuk proses tersebut.
Restoran Yang Istimewa
Mengikut tinjauan yang dilakukan, restoran merupakan tempat yang paling disukai oleh lelaki semasa membuat melamar kekasih. Ada juga restoran yang menawarkan pakej perkhidmatan untuk membantu pelanggan untuk melamar kekasih. Suasana restauran yang romantis dengan sinaran lilin, disertai dengan musik ataupun mengupah seorang ahli musik untuk memainkan gitar di tepi meja anda dan makanan yang sedap dapat menambah peratusan kejayaan misi anda. Sediakan sebentuk cincin dan sejambak bunga ros untuk menawan hati bakal pasangan hidup anda.
Rumah Sendiri
Rumah sendiri juga merupakan tempat yang sesuai. Jika anda pandai memasak, boleh sediakan beberapa jenis laut kesukaan teman wanita anda. Hiasi rumah dengan bunga-bunga, tengok balik album-album gambar atau video klip yang diambil bersama. Pujuk dengan kata-kata manis, bincang masa depan yang bakal dicipta bersama serta bagaimana saling berganding tangan untuk mendirikan rumah tangga yang bahagia.
Tempat Awam
Ramai juga yang mengikut trend terkini dengan melamar kekasih di tempat awam. Antara tempat awam yang sentiasa digunakan ialah di pusat membeli belah dan tempat rekreasi. Kebiasanya lamaran secara mengejut diamalkan untuk melamar kekasih di tempat awam. Contohnya, pihak lelaki tiba-tiba hilangkan diri dari mata pandangan kekasihnya. Menwujudkan suasana cemas supaya teman wanitanya berasa takut dan bimbang tetapi tiba-tiba muncul di depan muka dengan pakaian baru yang hensem cantik serta memegang sejambak bunga ros dan melutut di depannya sambil menghulurkan sebentuk cincin. Saya yakin peratusan untuk teman wanita anda berkata “Ya, saya setuju” pastinya amat tinggi.
Apakah Yang Harus Dibuat Setelah Berjaya Melamar Kekasih?
Setelah berjaya melamar kekasih, perkara utama yang perlu dibuat ialah memberitahu kedua ibu bapa lalu mengatur perjumpaan bersama untuk membincangkan langkah yang seterusnya seperti tarikh berkahwin, jumlah hantaran kahwin, mas kahwin dan sebagainya. Setelah semua sudah ditetapkan, maka langkah yang seterusnya ialah mencari dewan untuk majlis perkahwinan, menghantar kad kahwin untuk menjemput tetamu, menempah cenderahati perkahwinan, memilih butik kahwin yang sesuai untuk pakainan pengantin dan foto serta mencari pusat katering untuk kenduri kahwin.

Leave a Reply