Ketika anda dijemput ke sesuatu majlis perkahwinan, salah satu isu yang sangat memeningkan kepala ialah apakah souviner perkahwinan yang harus disediakan kepada pasangan baru. Tidak seperti kebudayaan Eropah di mana pasangan baru akan menyediakan senarai barangan ataupun “wish list” jenis cenderahati atau hadiah yang mereka inginkan. Dengan adanya senarai ini, tetamu jemputan dengan senang boleh menyediakan hadiah. Namun, keburukan penyediaan wish list oleh pengantin baru ialah mungkin akan menyebabkan hadiah yang diterima adalah sama.
Souviner Perkahwinan Yang Berlainan
Memilih hadiah untuk majlis perkahwinan adalah lebih mudah berbanding membeli souviner perkahwinan untuk pasangan baru kerana anda perlu tahu apa yang disukai oleh mereka. Hadiah atau souviner perkahwinan tidak semestinya dalam bentuk kebendaan. Contohnya ada boleh menyediakan 2 tiket concert nyanyi untuk pasangan baru. Anda juga boleh membeli voucher-voucher tunai daripada pasaraya besar seperti Tesco. Pengantin baru yang mendirikan rumah tangga boleh menggunakan voucher tunai tersebut untuk membeli barangan-barangan kegunaan seharian.
Souviner Perkahwinan Yang Bersesuaian Untuk Berbulan Madu
Selain itu, biasanya setiap pasangan baru akan berbulan madu ke tempat-tempat pelacongan setelah tamatnya majlis. Jika anda tahu destinasi yang ditujui, contohnya jika mereka ke Pulau Bali atau Hawaii, maka anda boleh memberi alat untuk bersnorkel sebagai souviner perkahwinan.
Yoga Mat merupakan Salah satu Souviner Perkahwinan Yang Popular

Leave a Reply