Sudah bersetuju dengan lamaran tunang untuk mendirikan rumahtangga? Apakah yang harus dibuat selepas itu? Sila rujuk kepada panduan perancangan perkahwinan untuk 12 bulan ini. Anda akan mendapati bahawa perancangan perkahwinan sebenarnya senang dan boleh diatur.
11-12 Bulan Sebelum Perkahwinan
• Secara rasmi mengumumkan pertunangan anda.
• Menentukan masa dan tarikh untuk melangsungkan majlis perkahwinan.
• Tentukan saiz dan tema majlis.
• Mengaturkan sesi perjumpaan kedua pihak ibu bapa.
• Sediakan bajet dan tentukan siapa yang harus membayar bil.
• Mula menyusun senarai nama tetamu yang ingin dipelawa.
• Membuat lawatan dan menempah dewan untuk majlis
9-10 Bulan Sebelum Perkahwinan
• Menempah pakaian pengantin dan menentukan tukang jahit yang akan membuat pengubahsuaian.
• Bertemu dengan vendor yang diingin dilantik seperti jurufoto dan juru video, perkhidmatan catering, juru kek, kedai bunga dan lain-lain lagi.
• Senaraikan tempat penginapan untuk tetamu luar Bandar.
7-8 Bulan
• Mula membeli cincin perkahwinan
• Menentukan destinasi untuk berbulan madu dan menyediakan passport dan visa.
• Menempah kad jemputan kahwin dan aksesori yang diperlukan
• Mencari door gift kahwin yang ingin digunakan.
5-6 Bulan
• Memberitahu tetamu luar Bandar tarikh dan masa majlis. Ini membolehkan mereka untuk merancang perjalanan dan penginapan.
• Menyediakan senarai tetamu yang ingin dijemput dengan lengkap
• Mencuba kek perkahwinan di kedai kek.
3-4 Bulan
• Menentukan menu perkahwinan dengan syarikat perkhidmatan catering
• Menempah minuman dan arak , sekiranya tidak termasuk dalam perkhidmatan catering.
• Menentukan jenis bunga yang ingin digunakan.
• Menghantar maklumat lokasi pelancongan kepada tetamu luar bandar supaya mereka boleh melawat.
• Membeli cenderahati perkahwinan
• Membeli cincin perkahwinan untuk ukiran nama, jika perlu.
2 Bulan
• Tempat untuk berbulan madu ditentukan.
• Menghantar keluar kad jemputan kahwin.
• Menempah juru solek untuk hari berkahwin
• Tentukan lagu yang akan dimainkan semasa majlis.
• Menentukan masa dan tarikh dengan vendor yang dipilih seperti catering, music, kedai bunga dan jurufoto dan juruvideo.
• Menempah kek perkahwinan
1 Bulan
• Menempah kerusi, khemah, meja dan sebagainya jika tidak disediakan di dewan yang dipilih.
• Membeli hadiah untuk pengapit
• Menjalankan percubaan baju pengantin untuk kali terakhir
• Mengatur kenderaan untuk menjemput tetamu luar bandar yang menginap di hotel berdekatan.
1-3 Minggu Sebelum Hari Perkahwinan
• Menentukan jumlah tetamu yang akan hadir supaya dapat meramal jumlah makanan yang harus disediakan.
• Menempah hotel untuk berbulan madu dan membeli tiket penerbangan.
1 Hari Sebelum
• Tidur lebih awal supaya anda berkeadaan terbaik untuk hari perkahwinan.
• Boleh mendapatkan madian spa dan urut badan untuk lebih relaks.
Pada Hari Perkahwinan
• Bangun awal dan makan sarapan pagi.
• Pergi ke pusat solekan untuk mekap.
• Pergi ke dewan perkahwinan lebih awal.
• Luangkan masa yang secukup-cukupnya untuk sesi penggambaran.
• Relaks, senyum dan menikmati hari yang diatur sempurna oleh anda.

Leave a Reply