Sebelum kamu berkahwin, adalah wajar jika anda duduk bersama dan berbincang dengan pasangan anda tentang isu-isu wang. Berkahwin dan mendirikan rumahtangga adalah senang. Tetapi untuk mengekalkannya pula sangat susah. Mungkin semasa membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan wang amat sensitif dan perselisihan pendapat boleh terjadi, tetapi keputusan yang dicapai melalui perbincangan dan kelainan pendapat yang diperolehi akan membuahkan hasil yang berguna.
Isu Kewangan Yang Perlu Dibincang Sebelum Mendirikan Rumahtangga
1. Memahami Corak Perbelanjaan
Adakah anda sentiasa menyimpan wang di tabung wang tetapi pasangan anda selalu membelanjakan kesemua duit pendapatan? Apakah objektif kewangan anda untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang? Untuk perbelanjaan apa yang anda akan menggunakan kad credit? Jawapan kepada kesemua persoalan ini dapat menentukan corak perbelanjaan anda.
2. Dedahkan Status Kewangan
Anda dan pasangan harus mendedahkan status kewangan untuk pengetahuan bersama. Berapakah jumlah hutang yang ada sama ada hutang kepada bank atau institusi kewangan yang lain.
3. Tentukan Sama Ada Membuat Tabungan Bersama
Perbualan terbuka mengenai isu untuk menabung wang apabila mendirikan rumahtangga amat penting. Anda dan pasangan harus menentukan sama ada hendak membuka akaun simpanan bersama, berasingan ataupun kedua-duanya. Peruntukkan sejumlah wang daripada kedua pihak untuk disimpan dalam akaun bersama merupakan satu kaedah yang bagus.
4. Tentukan Siapa Yang Harus Membayar
Siapa yang harus membayar bil perbelanjaan bulanan seperti bil air, elektrik, maintenance fee, perbelanjaan runcit dan lain-lain harus ditentukan. Ini boleh mewujudkan tanggungjawab bersama.
Masalah Kewangan Punca Perpecahan Rumahtangga
Rumahtangga menjadi pecah belah disebabkan masalah kewangan. Menurut penyelidikan yang dijalankan oleh Professor Jeffrey Dew dari Universiti Utah, suami isteri yang bergaduh setiap minggu kerana isu kewangan mempunyai 30% peluang untuk bercerai berbanding dengan suami isteri yang bergaduh hanya sekali sebulan. Professor Jeffrey juga berpendapat bahawa pasangan baru yang mendirikan rumahtangga hidup tidak bahagia jika hutang perbelanjaan tinggi.

Leave a Reply