Sabun wangi ini adalah dalam bentuk bunga ros. Sesuai untuk dijadikan hadiah semasa majlis pertunangan dan kenduri kahwin. Biasanya digunakan sebagai cenderahati perkahwinan untuk dihadiahkan kepada semua tetamu-tetamu yang hadir.
Kegunaan Sabun Wangi Bentuk Ros
Bukan sekadar sebagai paparan, sabun ini boleh digunakan untuk mencuci muka dan untuk mandian SPA. Semasa menggunakannya, anda boleh menanggalkan kelopak bunga ros dan cuci.
Saiz Dan Pembungkusan Sabun Wangi Bentuk Ros
Terdapat 3 jenis cara pembungkusan sabun bunga ros. Antaranya ialah sabun wangi satu ros, tiga ros dan enam ros. Saiznya adalah seperti berikut;
a) Satu Ros: Diameter 4.3cm x Tinggi 4cm
b) Tiga Ros: Panjang 6cm x Lebar 7.3cm x Tinggi 4cm dalam kotak bentuk hati dan dihiasi dengan reben satin.
c) Enam Ros: Panjang 8.5cm x Lebar 10cm x Tinggi 4cm dalam kotak bentuk hati dan dihiasi dengan reben satin.
Harga Dan Masa Penghantaran Sabun Bentuk Ros
Jika anda membeli secara banyak untuk majlis perkahwinan, diskaun pukal akan diberikan. Tempahan awal selama 5-7 minggu diperlukan. Jika anda berminat ke atas sabun bentuk ros ini, anda dinasihati untuk membuat tempahan awal sebelum tarikh majlis anda.
Maklumat lanjut untuk senarai harga pukal sabun wangi bentuk ros, sila rujuk kepada kedai online kami

Leave a Reply