Mungkin anda sudah mula terasa, merancang satu majlis perkahwinan adalah satu perkara yang seronok dan pada masa yang sama amat menyeksa? Perancangan satu majlis perkahwinan memerlukan penglibatan masa dan tenaga yang sepenuhnya. Lebih-lebih lagi anda tidak pernah terlibat dan tidak ada pengalaman langsung dalam perancangan tersebut.
Baju Pengantin Menjadi Tumpuan Jemputan Kahwin
Baju pengantin anda merupakan komponen yang terpenting di dalam majlis perkahwinan anda. Para jemputan kahwin akan menumpukan perhatian ke atas pengantin perempuan. Oleh itu, anda pasti ingin menampilkan sesuatu yang terbaik dan tercantik untuk semua orang. Walau apa pun gaya baju pengantin yang dipilih, ia pasti ada ruang untuk anda menambah hiasan-hiasa ke atasnya untuk mencipta sesuatu yang unik dan tersendiri.
DIY Baju Pengantin Boleh Menjimatkan Kos
Jika anda tidak pernah terfikir untuk mereka cipta baju pengantin secara DIY, anda patut berfikir ke arahnya sekarang.Cuba anda membuat tinjauan harga baju pengantin di butik pengantin, anda pasti mendapati bahawa untuk sehelai baju pengantin yang paling biasa pun berharga beratusan ringgit. Butik perkahwinan telah menambah semua kos overhead dan kos-kos operasi yang lain ke atas baju pengantin dan menyebabkannya menjadi mahal. Anda boleh mengelak daripada membayar lebih jika dengan mereka cipta sendiri.
Anda boleh meminta tolong rakan-rakan atau sanak saudara yang mahir dalam jahitan untuk menolong anda. Ini pasti menjimatkan lebih kos. Manfaat terbesar membuat baju pengantin secara DIY ialah anda akan mendapat baju yang unik, tersendiri dan hanya anda seorang yang memilikinya.
Pilih Orang Yang Betul Untuk Membantu Anda
Perhatian yang perlu diberi di sini ialah, anda mesti pastikan dapat mencari orang yang betul-betul berkebolehan untuk membantu anda melaksanakan reka cipta dan idea anda. Ini perlu dipastikan terlebih dahulu. Anda tidak boleh menunggu sehingga saat terakhir untuk mencari orang yang mahir untuk membantu anda. Anda perlu memperuntukkan masa untuk bekerja bersama orang tersebut supaya hasil ciptaan adalah sejajar dengan kehendak anda.
Dimanakah Untuk Mendapat Idea Untuk Mereka Cipta Baju Pengantin?
Tempat terbaik untuk menjana idea untuk DIY baju pengantin anda ialah tema dan lokasi majlis perkahwinan tersebut. Adakah majlis diadakan masa musim panas? Sama ada majlis diadakan di dalam rumah atau di luar rumah? Apakah cirri-ciri yang terdapat di lokasi majlis? Ini sangat penting kerana maklumat tersebut akan menentukan corak rekaan baju pengantin anda. Jika lokasi majlis adalah di luar rumah dan berhampiran dengan pantai, sudah pasti anda akan mereka pakaian pengantin yang lebih pendek.
Selepas mengetahui bentuk pakaian pengantin yang dikehendaki, anda boleh merujuk majalah-majalah baju pengantin untuk rekaan terperinci. Butik perkahwinan juga merupakan satu tempat yang bagus untuk anda mendapat ilham. Semua ini merupakan bahan dan tempat yang paling senang dan berguna untuk menjana idea.
Bentuk Badan Menentukan Rekaan Baju Pengantin
Faktor utama yang menentukan rekaan baju pengantin ialah bentuk badan pengantin perempuan itu sendiri. Jika badan anda berbentuk pear, maka anda patut mereka baju yang berbentuk A. Baju pengantin jenis ini ialah bahagian atas kecil dan bahagian bawah gaun adalah besar. Jika anda tidak pasti pakaian pengantin jenis mana yang bersesuaian dengan anda, sila melawat ke butik perkahwinan untuk mencuba baju-baju pengantin yang beraneka reka bentuk dan mencari baju yang betul-betul sesuai.
Setelah anda membuat pilihan bentuk, reka bentuk dan corak untuk baju pengantin, seterusnya anda harus memilih jenis kain yang anda sukai. Kain sutera dan linen merupakan kain yang kerap kali digunakan. Harga kedua-dua kain ini adalah berpatutan dan senang untuk dikendalikan.
Akhir sekali, setelah semua rekaan, kain dan lain-lain sudah dibuat pilihan, maka anda boleh bermula untuk membuat baju pengantin bersama dengan rakan yang dipilih oleh anda.

Leave a Reply