Ader banyak jenis reben kat market. I ni umpama baru sedaq dari mimpi. Rupa-rupanya reben ader pasaran yang luas kat Negara kita ini. Pertama sekali, I ingin mintak maaf kepada saudari Nurul dari Kamunting Perak. Beliau hendak beli reben satin yang berukuran 20mm dan 9mm untuk gubahan hantaran hari pertunangannya. Malangnya I hanya ader yang 20mm ajer. I ucapkan tahniah kepada Nurul. Begitu jugak dengan Diana dari Johor, ari tu Diana telefon nak reben yang ade dot. Tapi masa tu supplier I tak bagi yang corak tu. Soli yer…Diana.
Reben Satin Polka Dot
Reben jenis ni ader bintik-bintik atau dot-dot kat permukaan. Saiznya ialah lebar 9mm dan panjang 22.5 meter. Satin adalah lembut macam sutera. Anda boleh pakai untuk hiasan kat kotak hadiah, kad jemputan kahwin, kad harijadi atau mana-mana yang dianggap sesuai.
Reben Organza
Yang ni dibuat daripada kain organza. Boleh pakai untuk buat bunga-bunga atau diikat pada cenderahati perkahwinan. Saiznya ialah 20mm dan panjang 22.5 meter.
Reben Metallic Velvet
Yang ni saiznya ialah lebar 6mm. Panjang mengikut kesukaan anda. Ia dijual mengikut meter yang u nak. Order paling kurang pun kena 1 meter.
Reben Satin Dengan Tepian Emas
Yang ni special sikit. Nampak lebih high class. Kat tepi reben tu ader warna emas. Saiznya ialah lebar 6mm dan panjang 22.5 meter. Juga dibuat daripada satin yang lembut seperti sutera. Terdapat pelbagai jenis warna untuk pilihan anda.
Reben Metallic Gold & Silver
Reben yang ni hanya berwarna emas atau silver. Saiznya lebar 8mm dan panjang 22.5 meter. Ramai yang pakai untuk perhiasan pada kotak hadiah dan kad jemputan kahwin.
Reben Satin
Ini merupakan reben yang i mula-mula start jual. Banyak warna untuk pilihan. Ader yang beli sama I berserta dengan buckle..dia orang buat kad jemputan kahwin secara DIY. Kan ekonomi tak baik, dapat jimat pasti nak kan?
Reben Satin ngan Buckle

Tumpang tanya…..reben grosgrain tu macam mana pulak?