Inginkan reben satin yang berunsur peribadi? Kami di sini mampu menghasilkan sesuatu yang melambangkan keperibadian anda. Sama ada untuk kegunaan sendiri atau kegunaan korporat, anda hanya perlu menyediakan rekaan logo, lambang, ayat, gambar dan lain-lain dalam bentuk AI file, pdf dan corel draw, yang lain kami akan tolong uruskan.
Kelebihan Reben Satin Tempah Buat
Anda boleh mencetak apa-apa sahaja maklumat yang ingin disampaikan ke atas reben satin tersebut. Orang lain susah untuk meniru kerana reben satin bercetak ini direka oleh anda sendiri. Kami hanya menolong untuk mencetaknya.
Selain itu, cetakan pada reben juga berfungsi sebagai alat pengiklanan. Peniaga-peniaga boleh mencetak nama syarikat bersama dengan logo syarikat di atas reben satin dan diikat pada produk-produk syarikat yang hendak dijual. Pembeli boleh tahu dengan siapa barang tersebut dibeli. Contoh seperti gambar di atas. Pemilik yang membuat perniagaan deco hantaran perkahwinan telah menempah reben satin bercetak dengan nama syarikat dengan pihak kami. Beliau telah memilih reben berwarna putih dan krim.
Cuba bayangkan betapa senang barangan deco hantaran yang dijual oleh beliau dicam orang ramai apabila diikat dengan semua reben yang bercetak nama syarikatnya
Reben Satin Bercetak Untuk Iklan
Para pengusaha boleh mencetak maklumat syarikat seperti nama syarikat, logo, slogon serta maklumat-maklumat lain pada reben tersebut. Reben tersebut boleh diikat pada produk yang dibeli oleh pembeli. Dengan ini, orang lain juga boleh tahu bahawa produk tersebut dibeli daripada syarikat anda setelah melihat maklumat-maklumat yang tercetak pada reben tersebut.

how to order? price?
Kalau nak order, kira mcmana? By meter? By roll? Berapa kuantiti minimum order? Berapa harga?