Kita semua tahu perkahwinan bukan benda yang murah di dunia, tetapi setiap sen yang pengantin baru belanja untuknya adalah berbaloi dan bernilai. Terdapat dua jenis prinsip yang dipegang oleh kebanyakan pengantin baru. Yang pertama, berpegang kepada bajet ketat, manakala jenis kedua bertabung dan berjimat sebanyak yang boleh sebelum majlis perkahwinan untuk mengadakan majlis yang meriah dan tanpa sebarang sekatan kewangan.
Kos perkahwinan bergantung kepada jenis majlis yang awak nak. Untuk majlis perkahwinan yang kecil, biasanya pengantin baru inginkan semua senang, ringkas dan lancar. Untuk yang besar, ia memerlukan banyak perancangan dan persediaan, maka banyak wang diperlukan. Di sini, kita akan meneliti purata kos untuk semua keperluan asas untuk perkahwinan.
Tempat Perkahwinan
Di Amerika, sewa untuk tempat atau dewan majlis secara puratanya $940. Kalau dibandingkan dengan England, sewa yang dikenakan di Amerika agak murah. Purata sewa tempat di England adalah 3 kali ganda lebih mahal iaitu lebih kurang £2,150. Di negara kita, kosnya lebih murah. Anda boleh mendapat dewan yang mewah dengan sewa RM1000.00. Jika pengantin baru sangat kaya dan tetamu jemputan adalah ramai, maka mereka boleh menyewa dewan hotel untuk majlisnya.
Baju Pengantin
Baju pengantin merupakan satu ciri yang penting bagi pengantin perempuan di dalam majlis perkahwinan. Ramai pengantin perempuan rela mengeluarkan wang yang banyak untuk memiliki sehelai gaun pengantin yang mereka anggap sempurna. Di Amerika, purata kos untuk sehelai gaun pengantin ialah $1,050. Di Malaysia, biasanya butik pengantin akan menyediakan pakej untuk para pengantin baru. Pakej yang ada meliputi baju pengantin baru, juru foto, juru solek, juru dandan rambut dan sebagainya.
Katering Perkahwinan
Untuk perkhidmatan catering, kos bukan sekadar bergantung kepada saiz dan kuantiti makanan yang dihidangkan. Ia juga mengambil kira sewa dewan sekiranya anda bercadang untuk mengadakan sesi kenduri di hotel atau dewan-dewan milikan swasta. Bagi hidangan yang berbentuk buffet, kos purata seorang ialah RM25.00, namun ia berbeza mengikut lokasi.
Barang Mesti Untuk Perkahwinan

Leave a Reply