Hari perkahwinan merupakan hari yang paling penting seumur hidup bagi sepasang pengantin baru. Perancangan majlis perkahwinan telah diadakan beberapa bulan awal sebelum tarikh majlis oleh pasangan baru agar majlis mereka sempurna dan menjadi kenangan orang ramai. Walau bagaimanapun, pastinya wujud perkara-perkara yang mungkin akan mencetuskan pergaduhan di antara pengantin baru pada hari perkahwinan tersebut. Contohnya seperti berikut;
a) Makanan Yang Disediakan Tidak Mencukupi
Ini sering berlaku khususnya bagi tuan rumah yang kali pertama mengadakan kenduri makan. Ibu bapa pengantin baru dan pengantin baru akan menjemput kawan-kawan serta sanak saudara untuk hadir ke majlis. Bilangan yang dijemput sekiranya tidak diambil kira, maka makanan yang disediakan tidak mencukupi. Sebaliknya, jika makanan yang disediakan terlalu banyak, pembaziran makanan akan berlaku. Salah satu daripada scenario di atas berlaku, sama ada makanan tidak mencukupi ataupun terlebih, akan mendorong kepada pergaduhan antara pengantin.
b) Barang Kemas Dicuri
Kes pecah rumah ke atas rumah pengantin baru sering berlaku. Pencuri tahu rumah pengantin baru pastinya terdapat banyak barang kemas dan wang tunai. Untuk mengelakkan ini berlaku, pastikan rumah pengantin baru tidak ditinggalkan kosong walaupun kenduri makan diadakan di dewan. Pergaduhan pasti berlaku sekiranya pengantin baru pulang rumah dan didapati kesemua barang kemas telah dicuri.
c) Hanya Tumpu Perhatian Kepada Sesuatu Pihak
Pada majlis perkahwinan, ramai kawan-kawan dan sanak saudara daripada kedua-dua pihak pengantin akan datang. Pastikan tumpuan ataupun layanan diberikan kepada kawan-kawan dan sanak saudara kedua pihak. Jangan hanya tumpu perhatian kepada kawan-kawan sendiri dan mengabaikan kawan-kawan atau sanak saudara pihak pengantin yang lain.
Perkara-perkara diatas merupakan beberapa sebab tercetusnya pergaduhan di antara pengantin baru. Namun, ia dapat dielakkan dengan adanya perbincangan dan perancangan. Jangan biarkan perkara-perkara yang kecil ini mengganggu emosi dan merosakkan hari yang paling penting bagi anda.

Leave a Reply