Cenderahati perkahwinan atau door gift kahwin merupakan hadiah yang disediakan oleh pengantin baru kepada tetamu jemputan kahwin yang menghadiri majlis perkahwinan mereka. Secara amnya, tujuan penyediaan hadiah ini adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua tetamu yang sudi meluahkan masa, tenaga serta pertolongan yang dihulurkan kepada pengantin baru semasa hari perkahwinan mereka. Pada masa ini terdapat beberapa lokasi atau pemborong yang menjual cenderahati perkahwinan.
Pusat Borong Cenderahati Perkahwinan Di Nilai 3
Bagi orang ramai yang tinggal di area Kuala Lumpur, Selangor, Seremban dan Negeri Sembilan, pusat borong di Nilai 3 bukan merupakan destinasi baru untuk mereka. Ramai penduduk dari kawasan tersebut akan mengunjung Nilai 3. Pusat borong di Nilai merupakan pusat sehenti yang menjual pelbagai jenis bentuk dan corak cenderahati perkahwinan serta barang-barang kegunaan seharian seperti langsir, patung dan sebagainya. Ramai yang berpendapat bahawa door gift kahwin dan barangan lain yang dijual di Nilai 3 adalah mahal berbanding dengan barangan yang dijual di Flea Market Serdang . Apakah pendapat anda?
Penjual Cenderahati Perkahwinan oleh A tu Z
Gedung A tu Z terletak di Bandar Sunway, Seberang Jaya, Butterworth. A tu Z merupakan gedung penjual cenderahati perkahwinan yang dikunjungi oleh penduduk sekitar Pulau Pinang dan Kedah. Gedung ini juga menawarkan pakej perkahwinan seperti penjualan baju pengantin, perkhidmatan jurufoto dan juru video, saloon rambut dan sebagainya. Melalui tinjauan yang saya buat pada hujung minggu lepas, Gedung A tu Z telah membahagikan ruang di dalam warehouse mengikut souvenir perkahwinan yang dijual. Contohnya, ada ruang khas untuk menjual bunga telur, lilin perkahwinan, bunga artificial, coklat, beg-beg hadiah, reben satin, gift tuala, kotak gubahan hantaran dan lain-lain.
Penjual Cenderahati Perkahwinan Di Internet
Sekarang merupakan zaman tanpa sempadan. Anda boleh mendapat sebarang maklumat, membayar bil atau membeli barang dengan hanya satu klik dengan menggunakan internet. Kami, mylovelywedding merupakan pemborong door gift kahwin yang beroperasi menggunakan internet. Tidak kira di mana jua anda berada, jika anda membeli souvenir perkahwinan dengan kami, kami akan memastikan segala pesanan anda dihantar dalam jangka masa yang dijanji. Kami biasanya menggunakan perkhidmatan Pos Malaysia, GDEX atau Skynet sebagai agent penghantaran. Bagi mereka yang tidak dapat mencari cenderahati perkahwinan yang dikehendaki sama ada di Nilai 3 atau Gedung A tu Z, anda boleh mencari kami.
Laman Web Pemborong Cenderahati Perkahwinan

nak tahu senarai haraga atau ada cenderahati terbaru