Cenderamata perkahwinan atau gift kahwin pada masa dahulu biasanya terdiri daripada bahan-bahan yang boleh dimakan seperti gula-gula, kacang gajus, almond dan coklat. Pada hari ini, cenderamata telah dihasilkan oleh pengilang untuk semua perayaan seperti harijadi, pertunangan, perkahwinan, hari kekasih, kemasukan rumah baru dan sebagainya. Dengan kata lain, cenderamata yang dibuat pada hari ini telah diperbanyakkan bentuk dan rekaannya untuk keperluan perayaan tertentu.
Begitu juga dengan cenderamata perkahwinan. Anda bukan sahaja boleh mendapat gift kahwin yang berbentuk makanan, malah anda boleh mendapat bermacam-macam lagi gift kahwin yang bukan sahaja boleh digunakan untuk kehidupan seharian tetapi cenderamata tersebut juga boleh dijadikan perhiasan di rumah.
Cenderamata Perkahwinan Hanya Untuk Orang Kaya?
Anda mungkin berpendapat bahawa cenderamata perkahwinan merupakan mainan orang-orang kaya. Sebenarnya anggapan anda adalah salah. Sekiranya anda membuat tinjauan dan penyelidikan serta mendapat pembekal cenderahati perkahwinan yang jujur, amanah dan lebih memberi keutamaan kepada segi kepuasan pelanggan seperti mylovelywedding, maka saya percaya anda boleh mendapat gift kahwin yang murah, berkualiti serta penghantaran yang tepat pada masa. Untuk mendapat harga murah, anda boleh membeli secara besar-besaran atau pukal. Belian secara besar-besaran?
Anda mungkin berasa belian secara besar-besaran akan lebih menelan kos yang lebih. Sebenarnya tidak. Jika di kalangan rakan anda atau saudara yang akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat, maka anda boleh mengajak beliau untuk bersama-sama membeli cenderamata perkahwinan. Dengan itu, kuantiti akan menjadi besar dan harga yang anda dapat pasti lebih rendah.
Tujuan Penyediaan Cenderamata Perkahwinan Oleh Pengantin Baru
Tujuan utama penyediaan door gift kahwin ialah sebagai tanda penghargaan kepada semua tetamu yang sudi meluangkan masa untuk datang. Ia merupakan cara yang terbaik untuk meluahkan kata-kata seperti: “terima kasih kerana sudi berada di sini”. Di samping itu, pengantin baru juga ingin menggunakan cenderamata ini untuk meninggalkan kenangan manis kepada semua tetamu jemputan kahwin. Cuba bayangkan pada beberapa tahun kemudian, cenderamata perkahwinan anda ditemui di laci meja yang jarang dibuka? Penemuan tersebut akan secara sendiri menceritakan tentang kisah hari perkahwinan anda.

Leave a Reply