Adakah anda betul-betul berharap tetamu majlis perkahwinan anda menghargai cenderahati perkahwinan yang anda sediakan berbanding mereka membuangkannya ke dalam tong sampah selepas majlis tersebut? Apakah perasaan anda apabila melihat kesemua cenderahati perkahwinan yang disediakan kepada tetamu terbiar ataupun terbuang di dewan kahwin? Sakit hati kan? Anda telah menghabiskan banyak masa dan wang untuk menyediakannya, tetapi tiada sesiapa yang tahu menghargainya dan membawa pulang ke rumah. Jadi, anda perlu pandai memilih jenis gift kahwin agar ia tidak tersiar-siar sahaja hasil titik peluh anda.
Perkahwinan merupakan satu upacara yang menelan perbelanjaan tinggi. Seperti kebanyakan orang, anda pasti cuba sedaya upaya untuk menjimatkan wang. Untuk tujuan itu, anda tidak akan menyediakan cenderahati perkahwinan kepada tetamu jemputan. Walau bagaimanapun, anda juga inginkan majlis perkahwinan yang dapat menunjukkan keperibadian dan tema yang cantik supaya majlis perkahwinan anda tidak dianggap murah.
Tag Nama Sebagai Pilihan Anda Untuk Cenderahati Perkahwinan
Oleh itu, tag nama adalah satu pilihan yang betul. Anda boleh memilih rekaan yang disukai. Pelbagai bentuk tag nama juga boleh didapati dalam pasaran. Antaranya ialah tag nama berbentuk bulat, berbentuk bunga, berbentuk hati dan tag nama dengan cetakan gambar pengantin baru itu sendiri. Anda boleh mencetak maklumat nama pengantin baru, tarikh dan tempat berkahwin serta mesej-mesej lain yang ingin disampaikan.
Pelbagai Bentuk Tag Nama
Penambahan Reben Ke Atas Tag Nama Untuk menghiasi cenderahati perkahwinan
Jika anda mempunyai bajet yang mencukupi, tag nama anda boleh diperbuat daripada kertas yang lebih tebal. Selepas itu, tag nama tersebut di-laminate dan boleh digunakan sebagai bookmark. Anda juga boleh menambah reben satin ke atas bookmark tersebut supaya ia menjadi lebih cantik dan peribadi. Pilihan warna reben boleh dibuat supaya dipadankan dengan tema majlis perkahwinan anda.
Reben Satin
Dengan itu, anda telah membuat cenderahati perkahwinan yang cantik dan murah serta dapat dinikmati dan digunakan oleh semua tetamu undangan untuk tahun-tahun akan datang.
Leave a Reply