Penyelidikan telah menunjukkan bahawa dengan pemilihan muzik perkahwinan dan persembahan hiburan secara langsung yang betul dapat menghidupkan suasasa majlis perkahwinan. Itulah sebabnya muzik perkahwinan anda begitu penting. Pastikan anda membuat penyelidikan & mendapatkan sampel muzik perkahwinan sebelum memutuskan muzik dan lagu yang hendak dimainkan semasa hari besar anda.
Perkara-perkara Yang Harus Dielakkan Semasa Memilih Muzik Perkahwinan
- Jangan Sekadar Memilih Muzik Kesukaan Anda
Walaupun anda merupakan bintang pada hari perkahwinan anda, tetapi pastikan anda tidak hanya memilih muzik perkahwinan yang suka didengari oleh anda sendiri. Muzik yang dipilih sepatutnya untuk orang ramai dan meliputi muzik-muzik rock, klassik, pop dan sebagainya. Muzik perkahwinan juga mesti meliputi muzik yang terdiri daripada pelbagai era dan zaman. Ini kerana tetamu anda terdiri daripada orang tua, muda dan kanak-kanak.
- Jangan Biarkan Muzik Perkahwinan Dikuasi Oleh DJ atau Band
Anda sebagai tuan rumah harus menentukan lagu atau muzik apa yang hendak dimainkan semasa majlis perkahwinan anda. Walaupun DJ atau Band yang diupah mempunyai pengalaman untuk membaca minda tetamu dengan respond yang diberikan semasa memainkan lagu, tetapi anda tidak seharusnya membiarkan keputusan pemilihan lagu sepenuhnya terpulang kepada mereka.
- Jangan Sekadar Berbincang Dengan DJ atau Band
DJ atau Band biasanya hanya pandai untuk memainkan lagu atau bermain alat muzik. Mereka tidak mahir dalam perkara-perkara lain seperti akustik atau ilmu suara dan jumlah peralatan muzik seperti speaker dan amplifier yang diperlukan.
- Jangan Bazir Masa Menjelajah Untuk Memilih Band
Band perkahwinan yang profesional akan mempunyai CD demo lagu perkahwinan. Mereka akan menghantar CD demo kepada anda untuk mendengar. Anda juga kumpulan band muzik yang membenarkan anda untuk mendengar sampel muzik perkahwinan melalui internet. Dengan itu, anda tidak perlu membazir masa dan wang untuk berjumpa dengan mereka.
Cara-cara Untuk Memilih Muzik Perkahwinan
Muzik dan lagu yang dipilih mestilah bersesuaian dengan majlis perkahwinan. Lagu-lagu yang sedih dan mengandungi maksud yang tidak baik seharusnya ditinggalkan. Anda boleh merujuk di internet tentang lagu dan muzik perkahwinan yang bersesuaian.

Leave a Reply