Kotak logam mint tin bentuk hati ini disaluti dengan cat metalik. Anda mungkin boleh mendapat mint tin bentuk hati dari pemborong lain dalam pasaran, tetapi saya ingin tegaskan bahawa produk saya mempunyai kemasan warna cat metalik yang halus dan cantik.
Warna Dan Saiz Mint Tin (Bentuk Hati)
Terdapat pelbagai warna untuk pilihan anda. Antara warna yang ada ialah warna emas, ungu tua, hijau, ungu muda, merah and biru. Anda boleh memilih warna yang bersesuaian dengan tema majlis anda. Mint tin ini mempunyai 3 saiz yang berbeza iaitu dari saiz kecil, saiz sederhana dan saiz besar. Kepelbagaian saiz membolehkan anda merancang bajet anda. Bagi orang yang mempunyai bajet tinggi, maka mereka boleh memilih saiz besar dan memasukkan banyak hadiah-hadiah ke dalam kotak tersebut.
Kegunaan Kotak Logam Mint Tin (Bentuk Hati)
Anda boleh mengisi coklat, telur, ferrero rocher, gula-gula ataupun kek ke dalam kotak logam ini untuk dijadikan sebagai cenderahati perkahwinan. Selepas majlis perkahwinan, mint tin bentuk hati ini boleh diguna pakai untuk tujuan lain seperti untuk menyimpan barang-barang kemas.
Mint tin jenis ini juga menjadi rebutan ramai pada bulan Februari setiap tahun. Bagi para kekasih, anda sudah pasti tahu bulan Februari merupakan hari yang paling penting untuk semua kekasih di mana mereka akan menyambut Valentines’ Day. Disebabkan bentuknya yang sesuai untuk hari tersebut, maka kekasih akan membeli dan memasukkan hadiah-hadiah untuk diberikan kepada pasangannya.
Harga dan Kualiti Mint Tin
Diskaun pukal akan diberi kepada mereka yang membeli kuantiti banyak. Sebelum menghantar mint tin kepada pembeli, setiap satu akan melalui QC ataupun pemeriksaan kualiti yang ketat. Kecacatan seperti permukaan warna tercalar dan kemik pasti ditolak dan tidak dihantar kepada pembeli. Prinsip kami ialah “kualiti barangan didahulukan, kepuasan pembeli diutamakan“.

Would like to enquire on the price an
Quote utk 100pcs
Hi , nak tny , Mint tin bentuk hati kaler Dark purple Utk 500 Pcs beserta penghantaran ke Sabah brp ye?