Berbulan madu sudah menjadi salah satu kemestian dan trend untuk pasangan baru yang berkahwin. Selepas melalui upacara perkahwinan yang sibuk dan letih, pasangan baru ingin mengambil kesempatan daripada hari bersejarah ini untuk bercuti berdua-duaan di destinasi kegemaran mereka. Akan tetapi, kos untuk berbulan madu tidak boleh diambil remeh. Dengan kejatuhan nilai Ringgit Malaysia berbanding Dolar Amerika, percutian ke luar negera amat mahal. Walau bagaimanapun, pasangan baru boleh memilih destinasi tempatan untuk bercuti.
Cara-cara Merancang Destinasi Berbulan Madu
1. Tentukan Destinasi Anda
Anda tidak akan selalu pergi bercuti dalam masa setahun. Jadi ingat betul-betul tempat mana yang nak pergi. Senarai keluar negara pilihan anda walaupun tempat tersebut mahal. Contohnya Japan ataupun England. Walaupun kedua-dua tempat ini destinasi kegemaran anda tetapi jangan kerana bajet ia tidak disenaraikan. Anda sepatutnya pergi ke tempat tersebut dan cari cara lain untuk berjimat ketika sampai di sana. Jangan pula mengesal ke tempat lain yang tidak digemari.
2. Tentukan Jadual Masa
Jika anda merasakan berbulan madu selepas upacara perkahwinan tidak ideal, maka anda harus tentukan jadual masa bila nak berbulan madu. Faktor seperti cuaca, musim, kesesakan dan sebagainya harus diambil kira. Dengan adanya jadual masa, maka anda boleh bermula untuk menyimpan duit dan membuat persiapan.
3. Selalu Bandingkan Harga Ticket Penerbangan
Membeli tiket penerbangan awal tidak bermaksud boleh mendapat harga yang rendah. Pastikan anda selalu check online kerana harga selalu berubah-ubah.
4. Diskaun Hotel
Perbelanjaan besar yang boleh dikurangkan untuk menjadikan percutian anda lebih mampu bayar ialah memilih hotel yang lebih murah. Semua orang inginkan hotel 5 bintang, tetapi bukan semua mampu. Anda boleh layari laman web untuk mencari pakej yang disediakan oleh hotel-hotel seperti percuma sarapan pagi, percuma pengangkutan dari airport ke hotel dan sebagainya. Banyak laman sesawang yang berkaitan dengan penempahan bilik hotel wujud pada masa ini. Contohnya Agoda, Trivago dan sebagainya.
5. Dapatkan Diskaun Untuk Lawatan
Setelah menentukan destinasi pelancongan, bagaimana ke destinasi tersebut dan tempat penginapan di destinasi tersebut, langkah seterusnya ialah mendapatkan diskaun untuk lawatan. Contohnya tempat yang ada ingin lawati memerlukan pembelian tiket, anda seharusnya membeli ticket yang ada diskaun sama ada online ataupun melalui hotel. Untuk makanan pula, anda boleh mencari tawaran tempatan untuk makanan melalui Groupon ataupun LivingSocial.
6. Pengangkutan
Kos pengangkutan merupakan kos tersembunyi yang selalu diabaikan ketika mengambil kira bajet pelancongan. Perkhidmatan teksi adalah sangat mahal. Anda boleh menggunakan Uber ataupun Grab sebagai altenatifnya. Semasa menempah hotel, pastikan anda mencari hotel yang memberi perkhidmatan pengangkutan percuma dari airport ke hotel dan sebaliknya.
Cara-cara diatas sememangnya dapat membantu anda untuk mengurangkan kos berbulan madu. Pengantin baru sebenarnya boleh menjana wang untuk pelancongan dengan memberitahu saudara mara terdekat agar memberi cenderahati perkahwinan kepada pengantin baru dalam bentuk wang tunai.

Leave a Reply