Mason Jars ataupun balang kaca Mason dicipta dan dipatenkan oleh John Landis Mason pada tahun 1858. Balang kaca ini dinamakan mengikut nama penciptanya iaitu Mason. Tujuan penciptaan mason jars adalah untuk kegunaan pengetinan rumah untuk memelihara makanan agar tidak senang rosak. Terdapat benang skru di mulut balang kaca Mason dimana ianya boleh diputar dan dikunci ketat dengan penutup yang disertakan.
Mason Jars Bukan Sekadar Bekas Kaca Biasa
If tak silap, boleh dikatakan setiap rumah ada sekurang-kurangnya satu Mason Jars. Ia digunakan untuk mengisi yogurt, biskut dan sebagainya. Pernahkah anda mencuba oatmeal yang popular pada masa kini? Oatmeal tersebut diisi dalam balang kaca Mason.
Mason jars juga luas digunakan sebagai lampu. Banyak kedai-kedai makan menggunakan Mason jars untuk menggantikan lampu traditional.
Mason Jars Dalam Industri Perkahwinan
Pernahkah anda menerima balang kaca Mason ketika menghadiri majlis perkahwinan? Anda mungkin merasa tidak mungkin balang kaca Mason akan wujud di kenduri kahwin. But, realitinya memang wujud dan trend penggunaan balang kaca sebagai cenderahati perkahwinan semakin meningkat. Why? Tertanya-tanya pula mengapa kan? Jawapannya amat mudah:
- Pratikal
Yang saya katakan item ini pratikal kerana ianya boleh dibawa balik ke rumah dan diguna pakai. Contoh untuk sebagai cawan minum ataupun sebagai perhiasan di rumah. Ada juga yang menggunakan balang tersebut untuk membela ikan.
- DIY Mengikut Citarasa Yang Tersendiri
Balang kaca ini tidak mempunyai sebarang warna ataupun hiasan yang cantik. Tetapi anda boleh memberi nyawa baru kepadanya dengan membuat hiasan bunga, reben, tag nama ke atas balang tersebut. Buat ikut daya imiginasi dan kreativiti anda. Setiap hasil yang dibentuk adalah unik dan tersendiri.
- Boleh Mengisi Barang
Anda pasti mahukan sesuatu diisi di dalam setiap balang kaca Mason ini. Barang yang boleh diisi bukan hanya terhad kepada barang makanan seperti coklat, gula-gula ataupun kacang. Ramai juga yang mengisi biji kopi di lapisan bawah balang kaca, kemudian diletakkan sebiji lilin kecil pada atas biji kopi tersebut.
- Jimat Kos
Kos sebiji Mason Jars tidak mahal sebenarnya untuk saiz kecil. Oleh kerana ianya senang untuk DIY, maka anda tidak perlu bergantung kepada pembekal gift kahwin untuk decorate. Kos decorate amat mahal.

Leave a Reply