Bercadang untuk mengadakan suatu majlis perkahwinan yang tidak dapat dilupakan dan seronok? Cuba bayang balik berapakah majlis perkahwinan yang pernah anda pernah hadiri sebelum ini? Semasa anda sedang merancang untuk hari istimewa anda, sudah pasti anda ingin menampilkan yang terbaik pada hari perkahwinan anda supaya hari tersebut menjadi tajuk perbualan di kalangan tetamu jemputan kahwin bagaikan cerita dongeng yang dibual dan dikongsi bersama.
Untuk itu, dari segi pemilihan baju pengantin, aksesori perkahwinan, cenderahati perkahwinan sehingga-lah ke perhiasan pelamin, pemilihan jurusolek dan lain-lain, anda harus menumpukan perhatian yang seratus peratus. Anda juga harus membuat tinjauan tentang sejarah tugasan syarikat-syarikat yang dilantik supaya pemilihan anda adalah tepat dan berbaloi. Contohnya syarikat perkhidmatan catering, jurufoto perkahwinan dan lain-lain lagi.
Namun, tetamu jemputan kahwin yang hadir pada hari perkahwinan anda juga tidak boleh diabaikan. Anda sebagai tuan rumah bukan sahaja bertanggungjawab menyediakan makanan yang sedap untuk mereka, tetapi perasaan setiap orang yang berada di majlis perkahwinan anda juga tidak boleh dipandang ringan.
Petua-petua Untuk Mengadakan Majlis Perkahwinan Yang Seronok
- Ucapan Perkahwinan
Gaun pengantin rekaan anda sangat menarik perhatian tetamu pada hari tersebut. Ada juga faktor yang sama penting untuk menarik perhatian semua. Salah satu daripadanya ialah ucapan perkahwinan. Pengantin baru boleh terlebih dahulu membuat rakaman video ucapan perkahwinan dan ditayangkan pada hari itu. Dalam video tersebut anda boleh menceritakan kisah bagaimana pengantin baru boleh berkenalan dan segala detik manis dan pahit yang pernah diharungi bersama. Unsur-unsur lawak jenaka harus ditambah supaya semua tetamu berasa gembira menontonnya.
- Muzik
Muzik boleh membuat majlis perkahwinan anda meriah dan seronok. Tetamu yang mendengar lagu-lagu yang romantic dan sedap boleh menyanyi bersama. Ada juga tetamu yang menari ketika mendengar lagu yang disukai oleh mereka. Pengantin baru jika mempunyai bajet yang longgar boleh mempertimbangkan untuk mengupah live band. DJ yang diupah juga mesti berpengalaman untuk memainkan lagu-lagu yang betul-betul dapat menyentuh perasaan setiap tetamu.
- Aktiviti
Aktiviti-aktiviti yang menyeronokan boleh diadakan semasa hari perkahwinan. Contohnya, tuan rumah boleh mengupah badut untuk membuat pertunjukkan dari meja ke meja. Badut pada masa yang sama boleh membuat belon-belon beraneka bentuk sebagai gift kahwin kepada kanak-kanak.
Door Gift Kahwin Perangsang Majlis Perkahwinan
Pemberian cenderahati perkahwinan kepada setiap tetamu merupakan kemuncak majlis. Sebelum tamatnya majlis anda, pengantin baru boleh membuat pengumuman bahawa setiap tetamu telah disediakan dengan gift kahwin yang cantik. Gift kahwin ini disusun di atas meja-meja pintu keluar dewan. Sebelum meninggalkan dewan, setiap tetamu akan dihadiahi satu cenderahati.
Gift Kahwin Untuk Majlis Perkahwinan

Leave a Reply