Lilin sebagai cenderahati perkahwinan? Selama ini, kebanyakan pasangan berkahwin mempunyai ideanya yang tersendiri dalam memilih bentuk gift ataupun cenderahati perkahwinan. Contohnya, sesetengah pasangan akan memilih set manicure, mason jars, bookmark ataupun penanda buku, peppershaker, bunga telur, keychain, sabun dan sebagainya untuk dijadikan cenderahati perkahwinan.
Namun, pernahkah anda terfikir akan lilin juga adalah satu bentuk gift yang amat sesuai dengan tema perkahwinan?
Cenderahati Perkahwinan My Lovely Wedding: Lilin
Lilin dalam erti perkahwinan mempunyai simbolik bahawa ia membawa cahaya dan menerangi kegelapan. Cahaya pula dalam simbolik membawa suatu permulaan yang baik, suatu panduan dan kebahagiaan.
Di samping itu, sebelum menyambut ketibaan Syawal, pemasangan pelita-pelita di bulan Ramadhan dengan cahaya menerangi rumah menyerlahkan lagi suasana sambut Raya. Begitu jugalah dengan perkahwinan. Selalunya, jika perkahwinan diadakan di hotel-hotel, penggunaan lilin di ruangan utama menyambut tetamu selalunya dinyalakan lilin dan menampakkan suasana romantis.
Photo By Inside Wedding: Susana romantik di ruangan penyambut tetamu perkahwinan
Terdapat juga filosofi yang menyatakan bahawa lilin sebagai hidup yang sia-sia. Ia menerangi kegelapan akan tetapi dirinya lebur dan wujudnya persepsi bahawa jangan hidup seperti lilin.
Akan tetapi, pengarang mempunyai pendapat yang berbeza terhadap sesetengah pandangan negatif terhadap lilin seperti di atas dimana ia hanya hidup sia-sia. Bukankah hidup kita sebagai manusia ini cuma sementara? Walau bagaimanapun, kita akan akhirnya bertemu dengan maha Pencipta kita. Oleh itu, pengarang berpendapat bahawa hidup seperti lilin ini amat bermakna walaupun sementara. Ia memberi panduan, suasana kebahagiaan dan paling pentingnya ia menerangi hidup dalam kegelapan sementara ia masih boleh memberinya. Sama seperti hidup kita, kita sentiasa berkorban untuk keluarga kita, anak-anak kita dan rumah tangga kita, kita hidup di muka bumi ini umpama lilin, walaupun sementara tetapi menerangi kehidupan orang yang terdekat dengan kita.
Oleh itu, memberi lilin sebagai cenderahati perkahwinan adalah salah suatu pilihan yang amat tepat kerana kita juga berharap tetamu-tetamu yang menghadiri majlis perkahwinan pasangan pengantin juga bahagia. Umpamanya, pasangan baru yang berkahwin akan mempunyai perkahwinan yang bahagia selama-lamanya dan tetamu-tetamu juga diberikan doa yang sama.

Leave a Reply