Jika anda sedang mencari kotak tin canister untuk mengisi coklat, cupcake, telur atau benda-benda lain sebagai cenderahati perkahwinan, anda telah mengunjungi laman web yang betul. Kami merupakan pemborong kotak tin canister yang mampu memenuhi segala kehendak anda.
Pemborong Tin Canister
Anda boleh mendapat harga borong untuk tin-tin canister yang kami jual. Jika kuantiti anda tidak banyak, jangan risau. Di samping menjadi pemborong, kami juga menjadi peruncit tin canister. Kami mempunyai senarai harga diskaun pukal yang menyeluruh di mana tidak kira berapa kuantiti yang anda beli, anda turut menikmati diskaun tersebut.
Jenis-Jenis Tin Canister
- Berbentuk Hati
Saiz tin ini ialah 94mm x 90mm x Tinggi 57mm dengan penutup boleh nampak dalam. Tin ini diperbuat daripada zink plate. Sesuai untuk tetamu yang inginkan tema perkahwinan romantik.
Jika anda mempunyai masa dan ingin DIY perhiasan di atas tin tersebut, kami boleh membekalkan reben satin, reben glitter, bunga lavender, bunga ros kertas dan aksesori seperti buckles, butang comel dan lain-lain untuk anda. Jika masa tidak mengizinkan, anda boleh membeli tin canister siap dengan perhiasan dengan kami. Berikut merupakan contoh tin yang telah dihaisi dengan reben dan bunga.
- Berbentuk Bulat
Tin canister berbentuk bulat juga diperbuat daripada bahan zink plate. Saiz tin bulat ini ialah Diameter 90mm x Tinggi 60mm. Tin besar yang boleh mengisi banyak coklat, telur dan sebagainya.
Anda boleh juga membeli tin bulat ini yang siap dengan perhiasan dengan kami. Sila rujuk kepada contoh rekaan perhiasan ke atas tin bulat ini.
Tin Canister dengan bunga lavender & reben satin berwarna pink.

Leave a Reply