Tempahan untuk 1,200 buah kotak DIY segi empat telah siap diproses. Pemeriksaan kualiti telah dilakukan sejak dua hari yang lepas iaitu selepas menerimanya dari pembekal Negara China. Terdapat lebih kurang 10 buah yang tidak berkualiti sempurna telah ditolak.
Walaupun terdapat tiga jenis warna iaitu warna emas, warna merah dan warna ungu, tetapi hanya warna ungu yang dipilih oleh pembeli yang berasal dari Masai, Johor. Sebelum ini, sample unit telah dihantar kepadanya dan beliau mendapati ia amat sesuai untuk mengisi macaron yang dibuatnya.
Ini merupakan gambar yang diisi dengan macaron. Sample kotak gula-gula segi empat sesuai untuk dimuatkan dengan tiga biji macaron. Saya ucapkan terima kasih kepada Kate kerana sudi membekalkan gambar ini.
Akhir sekali, diharap perniagaan Kate bertambah maju dan beliau dapat membeli lebih banyak kotak DIY segi empat dari saya. 🙂
Kotak DIY Segi Empat

Leave a Reply