Tetamu undangan majlis perkahwinan harus diberi layanan yang baik serta rapi. Biasanya golongan yang menjadi tetamu undangan majlis perkahwinan terdiri daripada sanak saudara, rakan sekerja serta jiran tetangga. Ada di antara mereka yang terpaksa bertolak dari luar bandar hanya untuk menghadiri majlis kahwin anda. Begitu juga dengan tetamu yang tinggal berdekatan dengan tuan rumah. Mereka perlu mengluangkan masa untuk hadir.
Hadiah Yang Disediakan Oleh Tetamu Undangan Majlis
Bagi tetamu yang hadir ke majlis, mereka akan menyediakan hadiah perkahwinan kepada tuan rumah. Antaranya berupa barangan ataupun berbentuk wang tunai. Ini terpulang kepada tradisi masing-masing. Bagi kaum Cina, tidak ramai yang akan memberi hadiah berupa barangan kepada pengantin baru. Sebaliknya tetamu undangan majlis akan memberi wang tunai yang diisi dalam sampul merah iaitu “Ang Pow”. Bagi kaum Melayu pula, tetamu juga memberi wang tunai. Dan pada masa yang sama, ramai juga tetamu Melayu yang akan memberi hadiah perkahwinan yang berbentuk barangan kepada pengantin baru. Contohnya peralatan elektronik.
Cenderahati Perkahwinan Kepada Tetamu Undangan Majlis
Sebagai tuan rumah pula, biasanya barangan cenderahati akan disediakan untuk setiap tetamu yang hadir. Cenderahati perkahwinan yang disediakan ini merupakan tanda “terima kasih” kepada tetamu kerana sudi hadir pada hari yang bahagia ini. Sakit kepala tidak ada idea nak sediakan cenderahati apa? Sila Klik.
Bunga Telur Untuk Tetamu Undangan Majlis
Boleh dikatakan hampir semua tuan rumah akan menyediakan bunga telur kepada tetamu. Ini merupakan hadiah traditional yang disediakan dan diwarisi sejak turun temurun. Pada masa ini, penyediaan bunga telur telah mengalami sedikit perubahan di mana penampilan bunga telur tersebut agak berbeza berbanding yang lama. Sila rujuk kepada gambar di bawah.
Kami sebagai pembekal cenderahati telah mengubah suai konsep bunga telur dengan memberikan penampilan baru kepadanya. Di sini, kotak bulat telah digunakan untuk mengisi telur. Di atas penutup kotak bulat pula telah dihiasi dengan reben satin berserta bunga lavender. Cantik kan?
Bagaimana pula dengan gambar di atas? Kotak bulat yang sama saiz, cuma desain tidak sama sahaja. Cuba bayangkan perasaan tetamu undangan bila menerima kotak yang cantik ini dengan telur di dalam. Benda-benda lain juga boleh diisi. Contohnya coklat, kacang dan gula-gula.

Assalam, Boleh saya dapatkan maklumat mengenai doorgift yang diatas.. pakej apa yang ditawarkan pihak mylovelywedding ya..