Kotak besi bunga ros merupakan salah satu daripada item baru yang dilancarkan oleh syarikat kami pada tahun 2013. Kotak besi bunga ros ini sesuai digunakan oleh para bakal pengantin baru untuk dijadikan sebagai cenderahati perkahwinan kepada tetamu terhormat.
Desain Baru Ke Atas Kotak Besi
Desain pada kotak besi ini agak berbeza dengan desain yang anda pernah lihat atau beli di laman web kami sebelum ini. Untuk kotak besi desain tahun 2013, penggunaan reben diperbanyakkan. Bagi yang suka membuat kraftangan, sudah tentu tahu reben memainkan peranan yang cukup penting untuk menyerikan atau memperindahkan kraftangan tersebut.
Kegunaan Kotak Besi Bunga Ros
Cenderahati perkahwinan anda dianggap sempurna walaupun hanya sekadar menghadiahi tetamu jemputan majlis perkahwinan dengan kotak besi bunga ros kosong ini. Dengan desain luaran yang cantik dan elegan, pengantin baru tidak perlu menambah bahan-bahan lain seperti coklat, gula-gula atau lain-lain ke dalam kotak besi kosong tersebut. Bagi yang tidak mempunyai batasan bajet, coklat Ferrero Rochers atau gula-gula boleh diisi ke dalam.
Penerangan Produk
Kotak besi yang berukuran diameter 7.5cm x Ketinggian 4.0cm digunakan. Kotak besi ini dibuat daripada tin plate yang anti karat. Pada penutup kotak besi, sekuntum bunga ros berserta reben satin dan polyester dihiaskan. Pada bahagian badan tin besi tersebut, ia dibaluti dengan reben glittery dan reben metallic yang berukuran 40mm. Penggabungan pelbagai reben dan bunga ros, menjadikan kotak ini kelihatan betul-betul menawan dan cantik. Perhiasan pada setiap unit kotak besi bunga ros ini adalah dihasilkan dengan kraftangan setiap pekerja kami. Dengan itu, kami memerlukan masa 8 hingga 10 minggu untuk menyiapkannya supaya kualiti setiap unit yang anda bakal terima adalah dalam keadaan yang paling sempurna. Bagi yang ingin membeli secara pukal, sila rujuk harga diskaun pukal dibawah ini;
20-99 pieces RM4.30/pc
100-199 pieces RM3.70/pc
200-299 pieces RM3.50/pc
300-499 pieces RM3.40/pc
500-999 pieces RM3.30/pc
1000 pieces > RM3.20/pc
Kotak Besi Bunga Ros Sedia Untuk Tempahan Ramai.

Leave a Reply