Tidak kira perkhidmatan catering mana yang dipilih untuk menyediakan makanan untuk tetamu jemputan kahwin anda, anda perlu membuat atau menanda tangani kontrak perkhidmatan catering dengan mereka. Catering secara purata menelan 45% sehingga 50% dari jumlah kos perkahwinan anda, jadi pastikan anda memilih katerer yang betul-betul professional dan sesuai.
Penentuan Menu Perkahwinan Dan Corak Hidangan Dengan Syarikat Perkhidmatan Catering
Setelah menentukan caterer yang hendak dilantik, anda harus membuat berjumpa dengan mereka untuk membincang tentang menu perkahwinan yang anda kehendaki. Pemilihan cara penghidangan makanan sama ada secara buffet, hidangan atas meja atau secara koktail harus diberitahu kepada syarikat catering. Biasanya hidangan atas meja lebih senang untuk pengantin baru mengatur susun program pada majlis perkahwinan seperti sesi memotong kek dan sesi untuk memberi ucapan.
Manakala untuk hidangan yang secara buffet, tetamu lebih bebas bergerak dan mempunyai lebih ruang untuk bergaul sesama mereka. Namun, harus diingatkan bahawa kos untuk hidangan buffet tidak semestinya lebih rendah berbanding dengan kos hidangan atas meja. Biasanya lebih banyak makanan perlu disediakan kerana tuan rumah bimbang bahawa mungkin terdapat tetamu yang kuat makan dan untuk kelihatan rapi dan cantik di atas meja buffet, makanan harus ditambah.
Isi Kandung Kontrak Perkhidmatan Catering
- Tarikh, masa dan lokasi jamuan harus dinyatakan di dalam kontrak.
- Senaraikan jenis corak hidangan yang anda pilih. (Sama ada hidangan atas meja, buffet atau koktail)
- Ia harus menggariskan nisbah kakitangan catering dengan tetamu. Pastikan ia akan meliputi jenis perkhidmatan yang anda mahu.
- Ia harus merangkumi nama orang yang mewakili syarikat perkhidmatan catering dan orang yang berhubung dengan anda.
- Mendapatkan bukti lesen operasi mereka untuk membuktikan bahawa mereka boleh membekalkan perkhidmatan tersebut.
- Ia harus menyenaraikan senarai pilihan makanan anda secara terperinci.
- Jumlah kos dan jadual pembayaran secarai jelas. Pastikan apa-apa cukai jualan, gaji lebih masa dan lain-lain lagi dinyatakan dengan jelas.
- Tarikh terakhir katerer memerlukan angka tepat tetamu yang akan hadir.
- Cara pembatalan kontrak dan bayaran balik wang pendahuluan.
Perkhidmatan Catering

Leave a Reply