Keychain ataupun dikenali sebagai rantai kunci turut mendapat sambutan yang menggalakkan kebelakangan ini oleh pengantin baru atau tuan rumah untuk dijadikan cenderahati perkahwinan. Terdapat banyak faktor yang mendorong ke arah pemilihan item tersebut.
Faktor-faktor Yang Menggalakkan Pemilihan Keychain Untuk Tetamu Majlis Perkahwinan
1. Harga Yang Berpatutan
Setiap pasang keychain dijual dengan harga yang berpatutan dan ianya diisi dalam kotak yang cantik ataupun polybag. Pengantin baru boleh memilih sama ada inginkan keychain yang diisi dalam polybag ataupun kotak. Perbezaan harga adalah tidak ketara untuk polybag dan kotak. Keychain murah mendapat sambutan yang menggalakkan sejak tahun 2012.
2. Desain
Desain rantai kunci pada masa kini adalah lebih moden dan bersesuaian untuk majlis perkahwinan. Contohnya terdapat desain love, bentuk pengantin baru, ataupun simbol-simbol kasih sayang yang sangat sesuai untuk perkahwinan.
3. Membeli Terus Dengan Pemborong dan Pembekal Keychain
Terdapat ramai pemborong dan pembekal keychain yang mampu membekalkan rantai kunci yang beraneka desain dengan kos yang berpatutan. Pendedahan maklumat pemborong dan pembekal rantai kunci kepada pengguna merupakan salah satu faktor yang memberi impak kepada penambahan permintaan ke atas item tersebut. Mylovelywedding Gifts merupakan salah satu pemborong dan pembekal keychain murah dan berkualiti.
Leave a Reply