Pengantin baru yang baru mendirikan rumah tangga akan memulakan langkah yang betul untuk mengelakkan diri daripada terperangkap di dalam isu-isu kewangan. Pengantin baru biasanya akan membuat perancangan supaya mereka dapat mengurangkan perbelanjaan harian dan pada masa yang sama mengurangkan hutang yang sedia ada.
Jenis-jenis Kesilapan Yang Dilakukan Oleh Pengantin Baru.
• Tidak Menyediakan Bajet
Pengantin baru masih boleh hidup tanpa bajet. Namun, kehidupan tanpa bajet menjadikan ia sukar untuk pengantin baru mengetahui berapa yang dibelanjakan setiap bulan. Apabila mereka menyediakan bajet bulanan, tugas itu boleh kelihatan menakutkan, terutamanya jika sebelum ini mereka tidak pernah mempunyai bajet dan mengamalkannya setiap hari. Langkah pertama ke arah mewujudkan bajet adalah menentukan kos bulanan keperluan hidup seperti ansuran pinjaman perumahan, bayaran ansuran kereta dan barang-barang runcit. Kemudian perbelanjaan setiap bulanan yang bukan merupakan keperluan juga disenaraikan. Antaranya ialah bill astro, internet, makan di kedai dan lain-lain lagi.
Dengan adanya senarai ini, ia membantu anda untuk mengurangkan perbelanjaan ke atas barang-barang bukan keperluan hidup. Untuk beberapa bulan yang pertama adalah sangat susah untuk pengantin baru hidup mengikut bajet dan pelarasan mungkin perlu dilakukan sepanjang peng-aplikasi-an bajet tersebut. Namun, dengan adanya bajet, pengantin baru senang untuk mencapai maklamat kewangan jangka panjang.
• Kegagalan Untuk Menabung Wang
Segelintir rumah tangga berpendapat tabungan wang mereka ialah rumah di mana mereka menjangka harga aset tersebut akan melambung naik mengikut peredaran masa sehingga mereka habis membayar ansuran. Malangnya, pasaran perumahan tidak seperti dahulu, pelaburan ke atas rumah tidak akan membuahkan hasil yang tinggi berbanding dahulu. Realitinya, hutang pinjaman perumahan adalah lebih tinggi dan nilai sebenar rumah tersebut adalah rendah. Ramai juga keluarga muda yang langsung tidak menyimpan wang. Mereka menghabiskan kesemua wang untuk menikmati hidup seperti melancong.
• Hidup Di Luar Kemampuan Mereka
Syarat-syarat permohanan kad kredit yang longgar telah menyebabkan ramai keluarga muda berada di ambang kebankrapan. Ramai pengantin baru telah menghabiskan wang yang banyak semasa merancang majlis perkahwinan mereka. Mereka inginkan yang terbaik dan yang termahal supaya semua orang boleh mengingati hari perkahwinan mereka. Perkahwinan hanya sekali seumur hidup. Memang setiap orang inginkan yang terbaik, tetapi pastikan semua yang anda rancang dan beli berada di dalam kemampuan anda. Jangan belanja wang masa depan.
Pengantin baru harus tahu cara untuk menabung wang.

Leave a Reply