Membuat perancangan untuk majlis perkahwinan serupa dengan bekerja sepenuh masa. Terlalu banyak benda dan elemen yang perlu diatur dan kadang-kala ia sangat susah untuk mengenal pasti sejauh manakah yang telah dipenuhi. Kebiasaannya, pengantin perempuan selalu membuat kesilapan ketika dalam proses perancangan perkahwinan yang akhirnya menimbulkan tekanan kepada diri mereka sendiri. Berikut adalah beberapa kesilapan yang paling biasa berlaku dan cara-cara untuk mengelakkannya turut dikongsi.
Perkara-Perkara Yang Harus Difikirkan Ketika Merancang Perkahwinan
- Setelah bertunang, pihak perempuan dengan serta-merta bermula membuat perancangan untuk hari perkahwinan. Antara yang mereka suka fikirkan ialah warna tema perkahwinan, lokasi ataupun tempat untuk mengadakan majlis serta jamuan makan, pakainan pengantin, jenis cenderahati perkahwinan yang harus disediakan dan pelbagai lagi butir-butir walaupun mereka belum lagi memikirkan benda yang paling asas. Kesilapan pertama yang harus dielakkan ialah jangan membuat perancangan yang besar tanpa menyediakan senarai tetamu yang hendak dijemput. Anda perlu tahu berapa tetamu yang akan hadir baru boleh memilih lokasi atau dewan. Sekiranya anda sangat suka kepada salah satu dewan di bandar, namun ia tidak berguna kerana ruang dewan tersebut tidak mampu untuk memuatkan 300 tetamu yang akan hadir. Dengan adanya senarai tetamu, anda juga boleh menentukan jumlah makanan yang harus disediakan.
- Salah satu kesilapan yang biasa dibuat oleh bakal pengantin perempuan ialah ketika memutuskan saiz baju pengantin. Selalunya, mereka akan mencari baju pengantin terlebih awal dan saiz yang dipilih biasanya lebih kecil daripada saiz badan mereka. Ini kerana mereka ingin mengambil kesempatan ini untuk melangsingkan badannya. Ini mungkin mengakibatkan pengambilan makanan yang tidak seimbang. Sekiranya saiz badan tidak dapat dikuruskan, maka ia akan menjadi satu isu. Cara yang baik ialah, bakal pengantin memilih saiz sedia kala. Dalam masa menanti hari perkahwinan, mereka boleh cuba untuk menguruskan badan. Sekiranya berjaya, pakaian pengantin tersebut boleh diubahsuai menjadi kecil. Harus diingat, baju pengantin yang besar boleh dikecilkan oleh tukang jahit, manakala baju yang kecil tidak boleh diperbesarkan.
- Jangan melibatkan diri dalam semua perancangan. Biarkan yang profesional seperti wedding planner untuk membantu anda. Pilih dua atau tiga butir yang anda suka dan yang baki biarkan orang lain yang rancang. Pengantin baru seharusnya mempunyai masa untuk menikmati hari perkahwinannya.
- Kesilapan yang sentiasa berlaku juga ialah ketika membuat bajet. Perbincangan harus dibuat dengan tunang sebelum membuat perancangan perkahwinan. Buat survey di pasaran tentang harga-harga barangan yang akan digunakan untuk majlis. Contohnya, survey di butik pengantin, perkhidmatan katering, pemborong gift kahwin dan sebagainya untuk mendapatkan harga yang berpatutan. Contohnya jika harga gaun pengantin jauh lebih mahal daripada bajet anda, maka perbincangan boleh dibuat dengan tunang. Di sini, mereka boleh mengurangkan bajet untuk perbelanjaan lain untuk membeli gaun pengantin tersebut. Walau bagaimanapun, ia terpulang kepada pengantin tersebut untuk memutuskan sama ada penambahan perbelanjaan ke atas gaun pengantin adalah lebih berbaloi.
Perancangan Perkahwinan Melibatkan Pemilihan Lokasi Yang Betul
Perancangan perkahwinan melibatkan pemilihan lokasi yang betul, penentuan jenis bunga dan mencari gaun pengantin yang disukai. Dalam proses tersebut, sila elakkan kesilapan yang dibincangkan di atas. Setiap keputusan yang dibuat haruslah realistik. Jangan terlebih dan rancang mengikut bajet anda.
Perancangan Perkahwinan

Leave a Reply