Cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar 6% yang mula diamalkan di negara kita pada April 2015 telah mula mendatangkan kesan ke atas pasaran kita. Kesan tersebut boleh dikatakan negatif kerana semenjak bermulanya pengutipan cukai GST 6%, peratusan urusniaga untuk semua telah jatuh mendadak. Boleh dikatakan pasaran menjadi sangat tenang, ataupun permintaan ke atas semua barangan kehendak jatuh menjunam ke tahap maksima.
Impak Negatif Ke Atas Industri Barangan Perkahwinan
Industri barangan perkahwinan yang terdiri daripada pelbagai jenis cenderahati perkahwinan seperti mint tin, tin box, kotak gula-gula, lilin kahwin, sabun wangi, manicure set, alas cawan, tuala kahwin, buckles, kad kahwin dan sebagainya. Biasanya untuk berdaya saing, kesemua item ini diimport terus dari negara China, Thailand dan Korea. Sebelum ini, pengusaha barangan perkahwinan hanya perlu membayar duti import ke atas item yang hendak dibawa masuk untuk dijual di Malaysia serta membayar tambang kapal ataupun sea freight charges kepada syarikat forwarding.
Namun, dengan adanya GST, pengusaha bukan sahaja perlu membayar Duti import, malahan jumlah nilai barangan perkahwinan yang diimport perlu ditambah cukai 6%. Begitu juga dengan Sea freight charges. Ini dengan secara langsung menyebabkan kos import menjadi tinggi. Walaupun cukai GST 6% itu boleh ditebus balik oleh pengusaha, tetapi bagaimana dengan pengusaha yang berniaga secara kecil-kecilan? Nilai tahunan yang tidak mencukupi RM500,000 tidak mempunyai akaun GST, jadi mereka tidak boleh menebus balik cukai yang telah dibayar. Jadi, bagaimanakah pengusaha kecil-kecilan ini untuk terus berniaga? Yang logik, mereka pastinya akan meningkatkan harga jualan agar tidak rugi. Ini menyebabkan harga jualan gift kahwin meningkat.
Barangan Perkahwinan Merupakan Barangan Kehendak
Barangan kehendak merupakan barangan yang tidak semestinya perlu dalam kehidupan seharian. Contohnya seperti kereta, handphone. Barangan perkahwinan merupakan barangan kehendak. Ia tidak semestinya perlu dalam sesuatu majlis perkahwinan. Oleh itu, jika harga naik mendadak, tuan rumah boleh memilih agar tidak membeli. Ini merupakan punca kejatuhan business para pengusaha gift kahwin.

Leave a Reply