Bagi mereka yang menikmati saat-saat manis semasa menolong dan merancang dalam majlis perkahwinan kawan-kawan dan ahli keluarganya, mereka seharusnya menukar hobi tersebut sebagai satu kerjaya. Terdapat pelbagai jenis kerja yang berkaitan dengan industri perkahwinan.
Perancang Lokasi Perkahwinan Dalam Industri Perkahwinan
Dalam bidang ini, anda bertanggungjawab untuk membawa pengantin baru ke lokasi majlis dan membantu mereka untuk merancang dan menghiasi lokasi tersebut. Lokasi majlis biasanya diadakan di hotel, resort, kelab dan lain-lain.
Kedai Bunga
Belajar bagaimana untuk mereka corak bunga. Setiap majlis perkahwinan pasti memerlukan bunga. Ini memberi peluang untuk anda bekerjasama dengan pengantin baru di mana anda bertanggungjawab untuk menghiasi lokasi majlis dengan bunga-bunga. Ini merupakan satu bidang yang amat berkaitan dengan industri perkahwinan
Butik Kahwin Dalam Industri Perkahwinan
Cara terbaik untuk mengetahui perangai dan kelakuan setiap pengantin baru di mana anda dapat peluang berkomunikasi dan membuat pemerhatian sendiri semasa pengantin baru memilih baju pengantin. Anda juga berpeluang mengetahui trend terbaru baju pengantin.
Penolong Perancang Majlis Perkahwinan
Bekerja sebagai penolong perancang majlis perkahwinan adalah cara terbaik untuk mendapat pengalaman. Di sini, anda dapat lihat bagaimana untuk merancang suatu majlis perkahwinan dari permulaan sehingga tamat. Semua butir-butir terperinci yang diperlukan semasa suatu majlis perkahwinan juga boleh anda belajari.
Syarikat Katering Dalam Industri Perkahwinan
Untuk mendapat idea bagaimana catering dan makanan majlis perkahwinan diatur dan disediakan. Anda boleh bermula bekerja sebagai penolong perancang catering. Di sini, anda dapat menyaksikan semua majlis perkahwinan yang berlangsung.
Kerjaya di industri perkahwinan merupakan satu bidang yang berpotensi untuk memberikan pulangan yang lumayan. Anda yang berjaya menukar minat dan bekerja dalam bidang ini pasti akan berjaya.

Saya amat berminat menukar kerja k edalam industri perancang perkahwinan.
Saya juga berkemampuan memandu ke sana sini tanpa lelah walau beberapa tempat dalam satu hari.
Saya seorang yang kreatif, sukakan kecantikan dan gubahan,boleh menjahit dan membuat bunga hasil dari riben dan sebagainya.
Juga mempunyai kenderaan sendiri
Sedang mencari butik yang ingin mencari seseorang pekerja yang boleh mengelola butik.
Hubungi saya-Jamaliah, 018-3213 478.