Bagi yang sedang merancang upacara perkahwinan, reben pasti tersenarai di dalam senarai barang keperluan yang hendak dibeli. Secara amnya, fungsi utama reben di dalam sesuatu majlis perkahwinan ialah untuk perhiasan. Dengan menggunakannya, pengantin baru dapat menghasilkan suasana majlis yang elegan dan istimewa. Malahan, harga jualan reben juga tidak mahal.
Jenis-jenis Reben
Jika anda membuat carian dengan menaip perkataan reben dengan enjin pencarian seperti yahoo atau google, berpuluh-puluh jenis akan muncul di depan monitor anda. Namun, jika kita asingkannya, hanya tinggal beberapa jenis sahaja yang selalu dan lazim digunakan oleh orang ramai. Antaranya ialah;
– Reben Satin
-Polka Dot
-Metallic Gold & Silver
-Reben Satin Dengan Tepian Emas
-Metallic Velvet
-Reben Organza
Terdapat banyak warna dan saiz untuk pilihan anda. Anda tidak perlu risau tentang kepadanan warna dan saiz dengan tema perkahwinan anda. Klik Sini untuk maklumat lanjut.
Reben DI Dalam Aksesori Perkahwinan
- Kad Jemputan Kahwin Dan Kad Tempat Duduk
Kedua-dua kad ini biasanya hanya dengan cetakan gambar, nama dan maklumat berkaitan dengan pengantin baru. Ia kelihatan biasa dan tidak menarik perhatian orang yang menerimanya. Untuk menceriakannya, anda boleh tambah reben sebagai perhiasan supaya kad-kad tersebut menjadi lebih unik dan cantik.
- Rod Reben
Ia dilambai oleh tetamu undangan kahwin ketika pengantin perempuan dan pengantin lelaki mula memasuki dewan majlis perkahwinan. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis reben yang beraneka warna dan secara DIY membuat rod tersebut. Setiap tetamu dihadiahi satu batang rod dan diminta kerjasama untuk melambaikan rod tersebut. Suasana majlis akan menjadi meriah.
- Door Gift Kahwin / Cenderahati Perkahwinan
Kotak-kotak kecil atau beg-beg kecil yang digunakan untuk mengisi coklat, kek, gula-gula dan kacang boleh dihiasi dengan reben. Penambahannya boleh meninggikan nilai kotak-kotak tersebut. Tetamu yang menerimanya sebagai gift kahwin pun berasa gembira.
- Kereta Perkahwinan
Pengantin baru pasti memerlukan kereta semasa hari berkahwin. Pengantin lelaki akan menggunakan kereta perkahwinan ynag dihiasi dengan bunga reben untuk menjemput pengantin perempuan.
Perhiasan Reben Di Atas Kenderaan Perkahwinan

Leave a Reply