Reka bentuk kad jemputan adalah perkara yang paling penting yang perlu disediakan jika anda ingin membuat kad jemputan kahwin. Anda boleh membuat reka bentuk secara sendiri atau dengan menggunakan perisian reka bentuk kad jemputan. Anda juga boleh melayari internet untuk merujuk reka bentuk yang ada. Selain itu, cara yang paling mudah untuk mendapatkan reka bentuk kad jemputan adalah dengan membeli secara online.
Perkara Yang Perlu Diambil Perhatian Semasa Mereka Bentuk Kad Jemputan
Dalam membuat kad jemputan, terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Yang pertama, anda perlu memberi perhatian dalam kepada kandungan pada kad tersebut. Ini adalah yang paling penting dalam menyampaikan mesej jemputan. Kedua, ayat-ayat yang digunakan di dalam kad juga perlu dipertimbangkan. Anda mesti menulis dengan menggunakan perkataan yang beretika yang baik dan sesuai serta menggunakan bahasa yang sopan. Dan yang terakhir ialah tema. Tema kad perlu diselaraskan dengan keperluan. Dengan mengambil kira perkara-perkara ini, reka bentuk kad anda akan menjadi sangat bagus.
Kad Jemputan Kahwin
Jenis-jenis Reka bentuk Kad jemputan
Sebelum membuat reka bentuk kad, perkara pertama yang perlu dipertimbangkan adalah mementukan tujuan kad tersebut dibuat. Sebenarnya, terdapat beberapa jenis kad seperti kad jemputan perkahwinan, kad jemputan hari jadi, kad Hari Raya dan lain-lain. Setiap jenis kad juga mempunyai reka bentuk yang berbeza. Reka bentuk kad jemputan perkahwinan yang biasanya dihiasi dengan gambar pasangan adalah berbeza dengan kad hari jadi yang biasanya dihiasi dengan belon atau kek. Jadi, ia adalah sangat penting untuk menentukan tujuan dan jenis kad yang hendak dibuat memulakan reka bentuk.
Kad Jemputan Kahwin
Bila Untuk Menempah Dan Menghantar Kad Jemputan Kahwin?
Kad jemputan kahwin seharusnya ditempah buat apabila pengantin baru sudah mempunyai butiran lengkap mengenai hari perkahwinannya. Maksud di sini ialah selepas pengantin baru tahu tarikh, masa, tempat untuk mengadakan majlis perkahwinan dan jumlah tetamu yang ingin dijemput, maka pengantin baru boleh mula untuk membuat kad jemputan kahwin.
Peruntukan Masa 3-4 Bulan Untuk Menempah Kad Jemputan Kahwin
3-4 bulan sebelum majlis merupakan anggaran masa yang sesuai terutamanya jika anda ingin menempah kad jemputan kahwin buatan kahwin atau rekaan khas. Pengantin baru perlu ingat, mungkin terdapat kesilapan cetakan ataupun desain kad jemputan kahwin yang tidak memuaskan, di situ pembetulan desain dan cetakan juga memakan masa. Tempahan kad yang dibuat dengan tidak tergesa-gesa juga akan lebih menjimatkan kos. Pembuat kad akan meninggikan harga sekiranya anda membuat tempahan pada minit terakhir sebelum majlis perkahwinan.
Hantar Kad Jemputan Kahwin 6-8 Minggu Sebelum Hari Perkahwinan
Selepas mendapat kad jemputan kahwin yang ditempah, pengantin baru sebaik-baiknya menghantar kad kepada tetamu yang dijemput dalam masa 6-8 minggu sebelum majlis perkahwinan. Untuk tetamu yang berasal dari luar bandar pula, pengantin baru mungkin boleh menghantar kad jemputan kepada mereka lebih awal. Ini kerana tetamu tersebut memerlukan lebih masa untuk merancang perjalanan. Mereka perlu menempah hotel penginapan, tiket penerbangan dan sebagainya. Pengantin baru boleh menyenaraikan butiran hotel-hotel serta tempat pelancongan yang ada pada tempat perkahwinan supaya tetamu luar bandar bukan sahaja boleh menghadiri majlis, tetapi mereka juga boleh melancong ke tempat-tempat yang menarik di situ.
Boleh rujuk ke kad-kad di bawah ini untuk dapatkan sikit ilham bagi kad design anda sendiri.
Jika anda nak, anda juga boleh rujuk ke laman ini untuk dapatkan banyak reka bentuk yang berlainan. Pasti ada satu yang akan jadi kad kegemaran anda.

Leave a Reply