Kacang Tanah
Pengantin baru telah memberitahu juru kek yang membuat kek perkahwinan mereka bahawa pengantin lelaki mempunyai alahan teruk terhadap kacang tanah. Namum, pengantin lelaki runtuh dalam kejutan anaphylactic pada masa perkahwinan hanya beberapa minit selepas makan sekeping kek perkahwinan. Mengapakah ini masih boleh berlaku selepas semua langkah berjaga-jaga telah diambil?
Pengantin baru telah kembali berjumpa dengan juru kek yang membuat kek perkahwinan mereka. Mereka percaya kek perkahwinan merupakan sumber yang mempunyai kacang tanah. Juru kek terkejut dengan kehadiran pengantin baru dan mereka bersama-sama memeriksa resipi kek tersebut dan membuat pemeriksaan di dapur. Tetapi tidak terdapat sebarang bukti yang menunjukkan adanya penggunaan kacang tanah untuk membuat kek. Untuk mencuba kek perkahwinan tersebut, pengantin lelaki sekali lagi memakan baki kek yang ada pada majlis perkahwinan mereka. Dan sekali lagi, dia berasa sakit. Dengan itu, sumber penyakit dapat dikenal pasti.
Maka, pertikaian pun berlaku dan akhirnya kes ini telah dibawa ke mahkamah. Pengantin baru mendakwa juru kek sengaja membahayakan nyawa pengantin lelaki, manakala juru kek pula mendakwa pengantin baru menyebabkan perniagaan di kedai keknya merosot. Banyak wang digunakan untuk mengupah peguam untuk ke tersebut. Peguam telah menjalankan pemeriksaan forensik.
Pakar forensik telah membuat pemeriksaan ke atas baki kek perkahwinan, peninjaun di kedai kek dan dewan majlis perkahwinan turut dilawat untuk mencari sama ada terdapat ajen pencemaran di dewan tersebut. Keputusan ujian telah diketahui akhirnya. Pakar forensik mendapati terdapat sejumlah kecil baki kacang tanah terdapat di gula ising kek perkahwinan tersebut. Pemeriksaan lebih lanjut dijalankan dan didapati kilang yang memproses gula ising untuk membuat kek juga pada masa yang sama memproses bahan makan yang mengandungi kacang tanah. Pengilang tidak memberi sebarang amaran terhadap kemungkinan kewujudan kandungan kacang tanah dalam gula ising yang dijualnya pada bungkusannya dan undang-undang juga tidak memerlukan pengilang untuk berbuat demikian.
Akhirnya, mahkamah telah memutuskan kedua-dua pihak tidak bersalah dan mana-mana pihak tidak boleh disalahkan. Juru kek dan pengantin baru kehabisan beribu ringgit untuk membayar yuran peguam dan ia merupakan hari perkahwinan yang tidak dapat dilupakan oleh pengantin tersebut.

Leave a Reply