Hari Perkahwinan merupakan hari yang paling penting dalam seumur hidup anda. Majlis perkahwinan yang anda akan adakan pastinya majlis yang hebat tidak kira di mana jua ia dilangsungkan, makanan yang dihidangkan dan jenis tema yang anda amalkan. Yang penting, anda dapat mendirikan rumah tangga bersama orang yang anda kasihi serta disaksikan oleh ahli-ahli keluarga, sanak-saudara dan rakan-rakan.
Walau bagaimanapun, hari perkahwinan anda juga merupakan peluang yang terbaik bagi pengantin baru untuk meninggalkan pengalaman dan kenangan yang berkekalan untuk para tetamu yang hadir pada hari tersebut. Jadi, anda harus menggunakan sedikit masa untuk menyelaras dan merancang majlis perkahwinan yang sukar dilupai serta unik. Berikut adalah 3 jenis cenderahati perkahwinan yang boleh dipertimbangkan semasa anda membuat perancangan di hari kebesaran anda. Ketiga-tiga jenis cenderahati kahwin ini memainkan peranan yang besar untuk menceriakan majlis anda.
Mancis Sebagai Cenderahati Kahwin (Wedding Matches)
Merupakan salah satu gift kahwin yang traditional di Negara-negara barat. Maklumat yang berkaitan dengan hari perkahwinan boleh dicetak di atas kotak mancis tersebut. Contohnya nama pengantin baru dan tarikh majlis. Rekaannya juga boleh dipadankan dengan tema majlis. Ia merupakan cenderahati yang anggun dan mampu milik. Berbeza dengan gift kahwin yang lain, mancis perkahwinan senang dibawa balik oleh setiap tetamu dan boleh digunakan oleh mereka ketika ingin menyalakan api. Mereka akan teringat hari perkahwinan anda apabila terlihat maklumat yang tercetak di kotak tersebut.
Koozies Tin Untuk Minuman Majlis Perkahwinan
Koozies tin agak popular pada masa kini. Ramai yang memilihnya sebagai hadiah kepada tetamu yang datang ke majlis sama ada majlis harijadi, majlis kahwin ataupun majlis-majlis lain yang ada sesi makan minum. Kegunaan koozies tin ialah mengekalkan suhu pada minuman bertin. Saya rasa pastinya semua orang suka minuman tin coca-cola dalam keadaan yang sejuk. Nama pengantin baru dan maklumat lain juga boleh dicetak di koozies tersebut.
Pembungkus Gula-gula
Semua orang sukakan gula-gula. Jadi ia merupakan cenderahati perkahwinan yang paling disukai ramai. Sekiranya anda menyediakan gula-gula tanpa sebarang pembalut ataupun sampul yang cantik, unik dan menawan, maka gula-gula tersebut tidak menarik langsung. Anda boleh desain sendiri pembalut atau sampul gula-gula, kemudian masukkan gula-gula tersebut ke dalamnya dan hiasinya dengan reben.
Jika ketiga-tiga cenderahati perkahwinan di atas gagal memenuhi kehendak anda, sila pilih di kedai online kami di www.mylovelywedding.net/store. Saya yakin, pastinya anda terpikat dengan salah satu daripada gift kami.

Leave a Reply