Walaupun cincin perkahwinan merupakan hadiah yang terbesar dan terpenting dalam majlis perkahwinan, namun pemberian hadiah perkahwinan kepada pengantin lelaki oleh pengantin perempuan merupakan satu adat.
Adat ini tidak begitu popular diamalkan pada masa kini kerana kos yang terlibat dalam suatu majlis perkahwinan adalah tinggi. Ini tidak termasuk perbelanjaan untuk berbulan madu. Jika anda ingin menyediakan hadiah untuk bakal suami anda, sila pastikan hadiah yang dibeli adalah disukainya dan harga jualan adalah dalam linkungan bajet anda.
Hadiah Perkahwinan Rekaan Sendiri
Anda boleh mencetak kalendar yang terdiri daripada gambar-gambar perkahwinan anda untuk dihadiahi kepada bakal suami. Nama anda berdua juga boleh dicetak di atas kalendar tersebut.
Anda juga boleh memilih cawan sebagai cenderahati atau hadiah kahwin. Gambar anda berdua dan gambar ibu bapa kedua-dua pihak pengantin boleh dicetak di atas cawan itu.
Jika bakal suami anda suka wine, anda boleh memberinya sebotol wine dengan label botol wine yang dicetak nama anda dan mesej seperti “I love You”.
Walaupun hadiah perkahwinan yang disediakan tidak mahal, namun yang penting ialah kasih sayang yang terkandung di dalamnya.

Leave a Reply