Kotak gula-gula bulat dengan perhiasan reben dan buckles merupakan hadiah kahwin yang murah dan elegan. Harga setiap satu kotak adalah di bawah RM2.00 sekiranya anda membeli secara pukal.
Jika pengantin baru memilih item ini sebagai cenderahati untuk tetamu yang hadir ke majlis, pengantin baru tidak perlu risau isi kandungan yang harus diisi di dalam kotak tersebut. Yang paling murah, isikan saja telur di dalam kotak gula-gula tersebut sebagai bunga telur moden. Jika bajet mengizinkan, coklat ferrero rocher merupakan pilihan yang baik juga. Ini merupakan hadiah kahwin yang murah dan elegan. Tidak mahal kan kosnya?
Saiz kotak ini ialah D7.5cm x H5cm. Pilihan warna terdiri daripada merah, pink dan purple. Buckles yang ada ialah buckles large heart, mini love dan oval shape.
Oval Shape
Mini Love
Large Heart
DIY Cenderahati Perkahwinan Yang Paling Mudah
Jika pasangan baru ingin memilih item yang bersesuaian untuk DIY, jenis kotak dan desain ini merupakan pilihan yang paling mudah. Anda hanya perlu menyediakan beberapa jenis bahan untuk tujuan DIY. Antaranya adalah seperti berikut;
- Kotak Gula-gula bulat
- Reben Satin
- Buckles
- Hot Glue Gun
- Gunting
Jika masa tidak mencukupi kerana sibuk bekerja, anda boleh membeli terus dengan kami.
Perkahwinan merupakan satu acara yang penting kepada semua pasangan cinta yang bercadang untuk mendirikan rumahtangga. Oleh itu, jika anda dijemput oleh rakan untuk menghadiri majlis perkahwinan mereka, anda patut menyediakan cenderahati yang istimewa dan unik untuk dihadiahkan kepada mereka. Di sini, anda boleh memilih hadiah yang bersifat peribadi. Artikel ini memberi tips kepada anda cara untuk memilih hadiah untuk pengantin baru yang bersifat peribadi. Pengantin baru yang menerima cenderahati tersebut pasti gembira.
Hadiah Kahwin Bersifat Peribadi Moden
Tidak seperti dahulu kala, anda dengan senang boleh mencari pelbagai jenis cenderahati perkahwinan yang bersifat peribadi melalui internet pada hari ini. Semasa memilih hadiah kahwin, anda boleh merujuk kepada kawan-kawan atau ahli keluarga pengantin baru untuk mengetahui serba sedikit tentang benda-benda kesukaan mereka. Ini membolehkan anda membeli hadiah perkahwinan yang betul-betul mereka suka.
Anda mempunyai pilihan yang luas semasa membeli cenderahati demi perkahiwnan anda. Antara yang boleh dibeli ialah bingkai gambar yang ditempah khas, rantai leher yang diukir nama pengantin baru, tuala, sarung bantal dan lain-lain lagi. Selagi hadiah yang anda pilih boleh ditambah nama pengantin baru ataupun mesej yang anda ingin sampaikan, anda boleh memilihnya untuk dijadikan hadiah kahwin. Anda juga boleh membuat tempahan khas untuk patung-patung yang bermuka seperti pengantin baru.
Pemilihan Cenderahati Yang Berkenan
Setelah membuat tinjauan, maka tibalah masanya untuk membuat keputusan. Perlu diingatkan, keputusan yang dibuat seboleh-bolehnya berlandaskan kepada kesukaan pengantin baru. Pastikan warna hadiah perkahwinan yang dipilih juga tidak bertentangan dengan warna rumah pengantin baru. Jangan membeli hadiah yang tidak disukai oleh pengantin baru kerana hadiah tersebut akan berakhir di bilik stor rumah pengantin baru. Sila pastikan nama yang ingin diukir ke atas hadiah kahwin adalah betul.
Pemilihan hadiah kahwin yang bersifat peribadi sebenarnya tidak susah. Anda akan berasa seronok dalam proces tersebut kerana anda tahu cenderahati yang anda bakal beli adalah unik dan hanya untuk pengantin baru. Pengantin baru akan sentiasa mengingati anda setiap kali mereka melihat cenderahati yang anda bagi. Saya yakin hadiah kahwin yang disukai oleh mereka akan sentiasa diletak di tempat yang mereka sering nampak.
KLIK untuk membeli cenderahati perkahwinan yang anda suka.

Cantik pula bila dipasang deko tambahan. Nampak elegan.