Gift tuala amat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah untuk majlis-majlis seperti harijadi, perpisahan dan ia paling banyak digunakan sebagai cenderahati semasa majlis pertunangan dan perkahwinan. Terdapat banyak gift tuala di pasaran. Antara yang kami jual adalah seperti berikut:
Gift Tuala Kartun
Tuala kahwin kartun merupakan salah satu gift kahwin yang popular and laris di pasaran. Setiap tuala dicetak dengan gambar-gambar kartun yang comel dan cantik. Antara kartun yang ada terdiri daripada doreamon, mickey mouse, Donald duck dan sebagainya. Saiz setiap tuala ialah 20cm x 20cm. Tuala tersebut dilipat dan disimpan dalam kotak yang berbentuk gula-gula. Saiz kotak gula-gula ialah 4.5cm x 12.5cm.
Gift Tuala Kek
Berbanding dengan tuala kahwin kartun, tuala kek adalah lebih tinggi harganya. Harga untuk tuala kecil ini lebih mahal disebabkan setiap tuala kahwik kek terdiri daripada 2 helai tuala yang berukuran 20cm x 20cm. Tuala-tuala ini dilipat menjadi bentuk kek dan disimpan dalam kotak kek yang berbentuk hati. Di atas tuala tersebut, dihiasi dengan dua biji strawberry. Ia amat cantik. Saiz kotak tuala kahwin kek ialah H6.5cm x 7.5cm.

Leave a Reply