Gift tuala, sapu tangan kecil ataupun mini tuala merupakan salah satu item yang sentiasa menjadi pilihan tuan rumah atau pengantin baru untuk gubahan hantaran pertunangan dan perkahwinan serta dijadikan cenderahati perkahwinan semasa majlis pertunangan dan majlis perkahwinan. Di pasaran, terdapat pelbagai bentuk serta desain untuk gift tuala.
Gift Tuala Kartoon
Tuala jenis ini mempunyai gambar kartoon yang terkenal seperti doraemon, Winnie the pooh, panda, micky mouse dan sebagainya. Bekas yang berbentuk gula-gula untuk mengisi tuala kartoon tersebut menjadikan gift tuala ini sangat unik, comel dan istimewa. Ia pasti dapat menyerikan suasana majlis anda.
Ciri-ciri Gift Tuala
Saiz kotak berbentuk gula-gula untuk mengisi tuala tersebut ialah 4.5cmx 12.5cm. Tuala yang bersaiz 20cm x 20cm akan dilipat dan diisikan di dalam kotak tersebut. Sila rujuk kepada gambar di bawah.

salam, nak tanya di mana ada jual plastik bentuk gula1 utk bungkus sapu tangan tu?