Kos makanan dan petrol yang semakin meningkat menyebabkan pengantin baru mula mengurangkan perbelanjaan ke atas gift kahwin. Ada juga dikalangan pengantin baru yang terpaksa membatalkan idea untuk memberi gift kahwin kepada para tetamu terhormat disebabkan bajet wang tidak mencukupi. Pemberian cenderahati perkahwinan telah menjadi satu trend masa kini dan ianya telah dianggap sebagai salah satu kemestian untuk majlis perkahwinan. Ia dianggap sebagai cara terbaik yang diamalkan oleh tuan rumah dan pengantin baru untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi hadir ke majlis mereka.
Gift Kahwin Yang Murah Dan Unik
Oleh itu, seketat mana pun bajet pengantin baru, gift kahwin perlu juga disediakan. Di pasaran, terdapat banyak jenis gift kahwin yang murah dan unik. Pengantin baru boleh membuat survey di pasaran untuk mencari cenderahati tersebut. Tradisi pemberian gift kahwin kepada tetamu telah wujud sejak zaman dahulu. Di Negara kita, tradisi ini bermula agak lambat tetapi pada hari ini, boleh dikatakan 90% daripada tuan rumah akan menyediakan cenderahati kepada tetamu. Sabun wangi berbentuk bunga ros merupakan gift kahwin yang murah serta unik. Ia mendapat sambutan ramai disebabkan bentuk bunga ros yang cantik serta berbau harum. Anda boleh memberi sabun bunga ros tersebut dan menghiasinya secara kreatif dengan menggunakan reben.
Single Rose Soap
3 in 1 Rose Soap
6 in 1 Rose Soap
Gift Kahwin Mengikut Jantina & Umur
Pada hari ini, gift kahwin yang berbeza telah digunakan. Untuk kanak-kanak, tuan rumah boleh menyediakan coklat atau gula-gula yang diisi didalam kotak gula-gula khas yang cantik. Bagi tetamu lelaki, pembuka bottle merupakan satu pilihan yang baik. Manakala bagi tetamu wanita, pengantin baru boleh menyediakan purse perkahwinan atau manicure set untuk mereka. Sekiranya pengantin baru dapat menyediakan cenderahati perkahwinan mengikut umur & jantina, saya percaya semua tetamu yang hadir pada majlis akan sangat gembira.
Kotak Gula-gula Pengantin Baru
Pembuka Botol
Manicure Set
Gift Kahwin Yang Berupa Purse

Pertanyaan:
1. sabun ini di terbuat daripada apa?
2. adakah ia halal diguna oleh orang islam?
3. single soap & triple soap brapa harga nya?
4. kalau order banyak ada special discount?