Ferrero Rocher merupakan nama yang dikenali ramai. Bagi peminat coklat, ia merupakan nama yang bukan asing kepada mereka. Bagi yang pernah mencuba coklat ini, pastinya inginkan lagi.
Sejarah Pembentukan Ferrero Rocher
Ia diperbuat oleh pembuat coklat berbangsa Itali Ferreo SpA. Coklat Ferrero Rocher mula diperkenalkan pada tahun 1982. Ramuan utama coklat ini ialah coklat, hazelnuts panggang dan shell wafer nipis. Bentuknya bulat dan dibaluti dengan pembalut yang berwarna keemasan. Setiap biji coklat bulat mengandungi 73 kalori. Rocher merupakan perkataan yang berasal daripada Perancis yang bermaksud “Batu”.
Kegunaan Coklat Ferrero Rocher
Coklat ini banyak digunakan sebagai buah tangan pada musim perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Christmas. Dengan pembungkusan yang berwarna emas, ia menjadikan coklat ini kelihatan elegan, cantik dan mewah. Ramai juga yang menggunakan coklat ini untuk diisi dalam kotak gula-gula sebagai cenderahati perkahwinan.
Walaupun harga coklat ini lebih mahal berbanding coklat lain yang terdapat di pasaran, tetapi ia amatlah berbaloi dengan setiap ringgit yang anda belanjakan untuk coklat ini. Ia senang didapati di semua pasar raya dan kedai-kedai runcit.

Leave a Reply