Emas asli merupakan bahan logam yang berwarna kekuningan, lembut, padat dan berkilat. Secara saintifik, emas merupakan unsur kimia yang mempunyai simbol AU dalam jadual berkala. Umumnya, emas merupakan logam yang amat berharga dan kegunaannya amat luas kerana sifat semulajadinya yang tahan karat dan merupakan konduktor yang amat baik. Penggunaan emas di dalam dunia adalah dianggarkan sekitar 50% dalam bentuk barang kemas (cincin, rantai, cenderahati ), 40% digunakan untuk pelaburan dan 10% untuk kegunaan industri.
Emas Sebagai Hantaran Majlis Perkahwinan
Seringkali apabila adanya majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan maka item yang tidak akan lari dari tajuk utama dari tema perkahwinan adalah Emas. Selain daripada cenderahati perkahwinan, emas merupakan komponen yang paling simbolik dalam adat istiadat perkahwinan. Boleh dikatakan bahawa emas merupakan lambang universal kepada adat istiadat perkahwinan yang tidak kira bangsa dan agama.
Dalam masyarakat Melayu, Mas Kahwin merupakan pemberian yang harus diberikan oleh pihak lelaki kepada wanita yang bakal menjadi isterinya. Secara umumnya, pemberian Mas Kahwin adalah dalam bentuk cincin emas, rantai emas dan selebihnya berupa wang hantaran. Di dalam masyarakat India dan Cina pula, emas merupakan lambang kemewahan dan juga merupakan satu kemestian dalam upacara perkahwinan.
Selain itu, dalam trend yang serba moden ini, cincin emas yang diperkayakan dengan intan permata merupakan lambang keikhlasan pihak lelaki untuk melamar wanita kesayangannya. Kebanyakan cincin emas ini dijual dalam pakej yang amat menarik sekali, dibalut dengan kotak yang berupa Candy Box yang cantik sekali. Rekabentuknya amat luas dan dalam industri barang kemas ini munculnya banyak jenama dan pereka fesyen barang kemas. Diantaranya ialah Tiffany and Co, Cartier, Bulgari dan selainnya. Kewujudan pereka dan jenama barang kemas yang terkemuka ini adalah kerana permintaan barang kemas yang diperbuat dari emas tulen kian hari kian meningkat dan dianggarkan peningkatan permintaan yang mendadak ini akan berterusan dalam jangka masa panjang.
Secara kesimpulannnya, emas banyak kelebihannya, tidak seperti wang, emas kalis inflasi. Emas yang diterima daripada perkahwinan boleh disimpan dan diperturunkan untuk turun-temurun. Selain dari nilai komersial, emas yang diperturunkan dari turun-temurun mempunyai nilai sentimental yang amat mendalam . Jadi jika ada keperluan, emas adalah suatu pembelian yang bijak kerana nilainya tidak akan susut dan hanya akan naik dalam jangka masa panjang.

Leave a Reply