Percutian; siapa yang tidak suka? Yang paling menarik ketika bercuti ialah melihat tempat baru dan mengenali budaya orang lain yang yang jauh daripada kita.
Terdapat pelbagai cara di mana kesilapan mudah boleh menyebabkan percutian anda menjadi mimpi ngeri. Untuk mengelakkan ini daripada berlaku, sila rujuk kepada beberapa langkah mudah.
- Scan IC, Passport Dan Jadual Pelancongan
Ketika melancong ke luar negara, sangat penting untuk buat salinan kedua untuk kad pengenalan, passport dan jadual pelancongan. Yang terbaik ialah scan semua dokumen tersebut di dalam telefon anda. Dengan ini, walaupun salinan kedua hilang akibat kecurian atau kecuaian, anda boleh dapat salinan baru dengan adanya soft copy tersebut. Tanpa dokumen yang betul, anda akan dilarang untuk menaiki kapal terbang. Ini akan menyebabkan anda terpaksa membelanjakan wang yang lebih sekiranya gagal menaiki kapal terbang yang dijadualkan.
- Ketika Simpan Pakaian, Gulungkannya
Daripada susun pakaian anda satu per satu, cara yang terbaik ialah gulungkannya. Dengan cara ini, bag anda boleh muat lebih pakaian. Seluar dalam dan sarung kaki boleh juga digulungkan dalam pakaian. Ini boleh mengelakkan anda daripada membeli beg tambahan untuk menyimpan pakaian dan pada masa yang sama tidak perlu membelanja duit yang lebih untuk membeli pakaian baru ketika melancong.
- Letakkan Tanda “Fragile” Di Beg
Jika boleh, cuba dapatkan sticker fragile and dilekatkan pada beg anda. Ini akan memastikan beg anda dikendalikan dengan teliti dan sentiasa diletak di atas. Walaupun ia tidak semestinya berkesan, namum jika anda bernasib baik, apabila pengendali beg yang bertugas nampak sticker fragile ini, maka mereka akan lebih berhati-hati. Dengan itu, barang-barang seperti shampoo, cenderahati dan lain-lain tidak pecah.
- Bawa Power Bank
Untuk perjalanan yang melebihi 6 jam, hiburan yang paling baik ialah muzik melalui telefon bimbit anda. Jika sampai ke destinasi dan telefon anda tidak ada bateri, maka anda perlu belanja lebih untuk membuat panggilan telefon. Cara yang terbaik ialah bawa sekali power bank yang dicaj penuh.
- Ikatkan Reben Cerah Di Beg
Senang untuk mengenal pasti beg manakah milik anda jika ianya diikat dengan reben satin berwarna cerah. Sangat memalukan jika anda mengambil beg orang lain.
- Pakai Kad ATM Untuk Ambil Matawang Tempatan
Membuat tukaran wang asing khususnya di lapangan terbang akan dicaj interest dan kadar tukaran asing yang ditawarkan biasanya lebih rendah berbanding kadar pertukaran yang boleh didapati di bank. Oleh itu, bawa kad debit anda untuk mengeluarkan wang negara yang dikunjungi di mesin ATM adalah lebih menjimatkan.
- Beli Barang Kegunaan Di Kedai Runcit
Jangan beli barang kegunaan biasa seperti air, makanan ringan dan sebagainya di hotel walaupun ianya sangat mudah kerana harga barang-barang tersebut jauh lebih mahal berbanding dengan harga yang dijual di kedai runcit yang berdekatan.

Leave a Reply