Door gift kahwin bukan sekadar terhad kepada lilin, bingkai gambar, kotak gula-gula dan key chain. Dalam pasaran sekarang, terdapat pelbagai jenis barang yang boleh dijadikan sebagai door gift kahwin. Door gift kahwin ini bukan sahaja boleh digunakan untuk paparan, tetapi ia boleh digunakan dalam aktiviti kegiatan harian. Door gift jenis ini merupakan trend terbaru dalam pasaran. Pengantin baru lebih suka memilih door gift jenis ini kerana mereka mahu cenderahati perkahwinan yang dihadiahkan kepada para jemputan kahwin tidak berakhir di dalam tong sampah.
Mereka berpendapat, semakin lama cenderamata perkahwinan tersebut berada di sisi penerima, maka detik manis yang bersejarah akan sentiasa diingati. Door gift kahwin yang mempunyai fungsi tersebut tidak semestinya mahal. Di sini, saya ingin memperkenalkan beberapa jenis produk untuk pengantin baru yang mencari door gift kahwin yang boleh digunakan dalam kehidupan harian.
Alas Cawan (Glass Coaster) Sebagai Door Gift Kahwin
Alas cawan boleh digunakan untuk tujuan door gift kahwin. Jemputan kahwin yang menerimanya boleh menggunakannya pada bila-bila masa. Ia boleh diguna di rumah ataupun dipakai di tempat bekerja. Alas cawan ini terdiri daripada pelbagai bentuk dan warna. Ada yang berfungsi sebagai bingkai gambar di mana gambar pengantin baru boleh dimasukkan ke dalam alas cawan tersebut dan dihadiahkan kepada tetamu. Yang paling penting, harga alas cawan adalah tidak mahal dan mampu dimiliki oleh semua orang.
Botol Penyimpan Garam & Serbuk Lada (Salt & Paper Shaker) Sebagai Door Gift Kahwin
Botol penyimpan garam atau serbuk lada juga sesuai digunakan untuk cenderahati perkahwinan. Reka bentuk pengantin baru yang cantik amat disukai ramai. Selepas majlis perkahwinan, botol ini bukan sekadar hanya boleh dijadikan paparan di bilik tidur. Botol ini juga boleh diguna pakai di dalam bilik dapur. Botol ini adalah dalam pasangan. Jadi anda boleh menggunakan salah satu untuk mengisi garam dan yang satu lagi untuk menyimpan serbuk lada. Betapa senangnya, apabila anda hendak garam atau serbuk lada, ambil saja botol tersebut dan goncangkannya.
Tag Nama Sebagai Door Gift Kahwin
Tag nama yang direka khas turut disyorkan kepada anda. Pilih reka bentuk yang anda suka dan tambahkan reben dengan membuat ikatan kupu-kupu untuk menghiasinya. Nama pengantin baru, tarikh kahwin dan mesej-mesej boleh dicetak di dalam tag nama tersebut. Anda juga boleh mencetak gambar kahwin pasangan baru dalam tag nama itu. Kemudian anda boleh laminate tag nama ini dan jadikannya sebagai bookmark. Bookmark ini amat berguna kepada mereka yang sedang belajar dan mereka yang suka membaca.
Pastikan Door Gift Kahwin Anda Tidak Dibuang
Dalam zaman moden ini, cenderamata perkahwinan bukan hanya sekadar untuk paparan semata-mata. Ia lebih bernilai jika dapat digunakan dalam kegiatan harian. Penggunaan gift kahwin jenis ini memang berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Jemputan kahwin pasti akan menggunakan cenderahati pemberian anda dalam kehidupan seharian.
Majlis perkahwinan anda akan sentiasa diingati kerana telah diserap dalam kehidupan seharian. Mereka pasti tidak membuang door gift kahwin anda ke dalam tong sampah seperti yang sentiasa berlaku jika cenderahati perkahwinan yang digunakan ialah kotak gula-gula. Jika anda memilih kotak gula-gula sebagai gift kahwin, selepas majlis perkahwinan, anda pasti melihat banyak kotak gula-gula dibuang di dalam tong sampah.
Jika anda berminat dengan door gift kahwin yang dibincangkan diatas, sila tinggalkan mesaj anda di sini ataupun klik untuk melihat jenis-jenis cenderahati perkahwinan yang kami ada.

saya berminat nk dapatkan alas cawan tuk dijadikan sbgai door gift… boley berikan harga..?