Door gift kahwin yang terdapat di pasaran bukan semuanya sesuai untuk diberikan kepada tetamu wanita. Setelah anda mendapat cenderahati perkahwinan untuk tetamu lelaki, langkah seterusnya ialah mencari gift kahwin yang disukai oleh tetamu wanita.
Door Gift Kahwin Yang Praktical
Seperti orang lelaki, tetamu wanita juga meminati barang-barang yang praktical. Door gift kahwin yang praktical dan boleh digunakan setiap hari merupakan hadiah yang terbaik untuk mereka. Jika anda tidak mempunyai idea barang apa yang sesuai, sila rujuk kepada cadangan di bawah.
Jenis-Jenis Door Gift Kahwin Yang Dihargai Tetamu Wanita
- Purse Perkahwinan
Purse perkahwinan ini mempunyai empat jenis warna untuk pilihan. Antaranya ialah warna Emas, Perak, Biru dan Merah Jambu. Ia berukuran Lebar 9cm x Tinggi 9cm. Sesuai untuk dijadikan cenderahati perkahwinan di mana setiap tetamu wanita yang menerimanya boleh menggunakan purse tersebut untuk menyimpan duit syiling ataupun gincu.

Leave a Reply