Saya baru sahaja mendapat satu tempahan untuk door gift kahwin dari Cik. Winnie dari Singapore. Walaupun tarikh majlis perkahwinan beliau dijadualkan pada bulan March 2013, namun Winnie telah membuat perancangan awal untuk memilih door gift kahwin sejak bulan Jun yang lepas. Selepas membuat survey dan melayari website saya dan facebook saya, Winnie telah membuat keputusan untuk membeli sample daripada saya.
Sample Door Gift Kahwin Yang Dihantar
Sejak bulan Jun, Winnie telah membeli 3 set sample door gift kahwin daripada saya. Antaranya ialah
1) Sabun Wangi Bunga Ros 3 in 1
Sabun wangi bunga ros ini dibungkus di dalam kotak yang berbentuk “hati” dan dihiasi dengan reben organza yang diikat dengan bentuk bow tie. Warna sabun wangi yang ada ialah Oren, Merah, Ungu, Biru, Merah Jambu, Kuning dan Hijau. Menurut Winnie, tujuan utama beliau membeli sample ini kerana beliau ingin mencium bau sabun wangi tersebut. Winnie risau, bau sabun tersebut mungkin tidak akan berserasi dengan bau wangi yang akan dipakainya semasa hari besarnya. Sabun bunga ros 3 in 1 ini hanya dijual dalam warna yang sama. Tetapi selepas mendapat permintaan dari Winnie, saya telah mencampurkan 3 jenis warna untuk beliau.
2) Sabun Wangi Bunga Ros 3 in 1 Di Dalam Mint Tin
Selepas menerima sample di atas, Winnie berpendapat bahawa kotak berbentuk “hati” yang mengisi sabun bunga ros tidak begitu elegan. Ini kerana majlis perkahwinannya diadakan di hotel 5 bintang, jadi beliau telah meminta saya untuk mengambil keluar sabun tersebut dan memasukkannya ke dalam mint tin yang mempunyai pelbagai cetakan gambar. Sample telah dihantar kepada beliau dengan menggunakan pos berdaftar.
3) Sabun Ros Di Dalam Kotak Gula-gula Bulat
Setelah menerima sample ke-2, Winnie yang mengejar kesempurnaan telah meminta saya untuk memasukkan sabun bunga ros ke dalam kotak gula-gula bulat. Kali ini, saya mencadangkan supaya hanya gambar diambil untuk rujukan beliau untuk mengelakkan pembaziran wang membeli sample.
Door Gift Kahwin Bertema Warna
Setelah membuat penelitian ke atas sample-sample dan gambar-gambar yang diterima, Winnie telah berbincang dengan bakal suaminya dan akhirnya telah membuat keputusan untuk menempah door gift kahwin yang betul-betul mereka suka dan sesuai dengan tema yang akan digunakannya. Mengikut beliau, tema yang digunakan oleh mereka ialah tema berwarna-warni dan tema bunga ros.
Door Gift Kahwin

Leave a Reply