Reben bow boleh digunakan untuk sebagai perhiasan di bingkai gambar, pin rambut, cekak rambut, brooch, pin tudung dan sebagainya. Ada juga ramai yang menggunakan reben bow untuk menghiasi kasut. Artikel ini akan menunjukkan cara-cara untuk membuat reben bow di rumah.
Bahan-bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Reben Bow
Sebelum bermula, anda harus menyediakan bahan-bahan berikut:
- 20mm ataupun 25mm reben satin
- Pembaris
- Gunting
- Hot Glue Gun
- Pemetik Api ataupun Mancis
Langkah-langkah Untuk DIY Reben Bow
1. Buat ukuran reben yang diperlukan dengan pembaris. Panjang reben 6″ akan menghasilkan reben bow bersaiz 2.5″. Manakala panjang reben 9″ akan menghasilkan reben bow bersaiz 3.5″. Jadi ikut kegemaran masing-masing. Jika nak bow yang besar, potong reben satin lebih panjang dan sebaliknya.
2. Gunakan pemetik api ataupun mancis untuk membakar kedua-dua hujung reben agar benang tidak tertanggal dan membolehkan reben tersebut dalam keadaan yang elok dan kemas. Berhati-hati yea..jangan pula terbakar tangan anda.
3. Lipat reben tersebut untuk mendapatkan center point ataupun titik tengah untuk mendapat bow yang sama saiz di kedua-dua belah kiri dan kanan. Setelah mendapat titik tengah, letakkan glue di sepanjang garisan tengah tersebut.
4. Lipatkan kedua-dua hujung reben untuk dilekatkan pada glue yang diletak di garisan tengah pada langkah ke-3 tadi. Tekan kuat untuk beberapa saat sehingga reben tersebut digamkan sepenuhnya.
5. Langkah ini amat penting. Sila letakkan sedikit glue di tengah reben yang dibuat di langkah ke-4 tadi. Setelah itu, tekan kedua-dua sisi reben untuk dilekatkan pada glue yang diletakkan di tengah reben.
6. Selepas kedua-dua sisi dilipat, letak sedikit glue diatasnya. Lipat dan gamkan supaya kedua-dua sisi kecil bertembung. Ulangi langkah ini di sebelah sisi yang lain. Sampai tahap ini, reben bow buatan sendiri dah 90% siap.
7. Potong sehelai kecil reben yang lebih kurang 15mm. Balutkan bow yang dibuat pada langkah ke-6 di tengah-nya setelah glue diletak. Setelah itu, siap-lah bow anda.
Selamat mencuba dan semoga berjaya. 🙂
Jika anda malas nak buat ataupun tidak ada masa, kami ada jual reben yang siap dibuat. Warna yang ada ialah ungu, merah dan merah jambu.

Leave a Reply