Opsyen yang ingin dibincangkan disini ialah penggunaan reben satin. Terdapat pelbagai opsyen untuk membantu anda mengadakan majlis perkahwinan yang luar biasa dan sukar dilupai oleh anda sendiri dan para jemputan kahwin. Ini adalah hari perkahwinan anda dan anda inginkan sesuatu yang menakjubkan serta tidak dilupai selama-lamanya.
Ramai yang berpendapat, pemberian cenderahati perkahwinan merupakan satu cara yang paling berkesan untuk meninggalkan ingatan yang berkekalan kepada semua jemputan kahwin. Ini memang tidak dapat dinafikan. Namun, jikalau anda tidak mempunyai bajet yang berlebihan untuk menyediakan cenderahati perkahwinan, macam mana pula anda hendak mengadakan satu majlis perkahwinan yang dikenang semua orang?
Kad Undangan Perkahwinan Sebagai Cenderahati Perkahwinan
Sebenarnya, pada pendapat saya, untuk meninggalkan kenangan manis yang berkekalan kepada pengantin dan para tetamu jemputan, kita boleh berbuat demikian dengan menumpukan perhatian ke atas kad undangan perkahwinan. Bukankah kad undangan perkahwinan mesti ditempah dan dihantar kepada semua jemputan kahwin tidak kira kita ada bajet ke tidak? Jadi, kenapa kita perlu berbelanja lebih untuk mencari cenderahati perkahwinan yang lain dan berasa sakit kepala kerana ingin mencari wang untuk tujuan tersebut?
Reben Satin Mampu Mengubah Sesuatu Yang Biasa Menjadi Luar Biasa.
Anda mungkin berasa kad undangan perkahwinan itu tidak mempunyai sebarang keistimewaan kerana semua kad yang terdapat di dalam pasaran hampir kesemuanya adalah sama. Tidak kira bentuk, saiz, rekaan kad dan lain-lainnya hampir kesemuannya pernah dipakai oleh semua pengantin baru yang berkahwin sebelum anda. Tapi tahukah anda, jika anda secara DIY menambah reben satin ke atas kad undangan perkahwinan tersebut, anda mampu mengubah sesuatu yang biasa dan normal menjadi sesuatu yang luar biasa dan peribadi.
Menambahkan Reben Satin Ke atas Kad Undangan Perkahwinan
Reben satin boleh ditambah ke atas kad undangan perkahwinan. Anda boleh secara DIY membuat anyaman atau melipat bentuk-bentuk yang ada suka dengan menggunakan reben satin. Antaranya ialah membuat reben tali leher bentuk kupu-kupu dan melekatkannya di permukaan atas kad anda. Selain itu, anda boleh juga memasukkan aksesori lain seperti buckle dalam reben satin dan menjadikannya sebagai hiasan di sekiliing kad jemputan perkahwinan. Anda boleh membuat lubang pada kad undangan perkahwinan dan memasukkan reben dan kemudian membuat ikatan kupu-kupu atau pun ikatan lain mengikut kesukaan sendiri.
Kad Undangan Perkahwinan Dengan Reben Satin
Reben Satin Dengan Buckle
Menghiasi Kad Tempat Duduk Dengan Reben Satin
Pengantin baru yang sudah siap menyediakan kad undangan perkahwinan, mereka juga boleh secara DIY dengan menambah reben satin ke atas kad tempat duduk. Pada kenduri majlis perkahwinan, penyediaan kad tempat duduk adalah sangat penting. Lebih-lebih lagi jika bilangan tetamu yang dijemput ramai. Ini menyenangkan jemputan kahwin mencari tempat duduk masing-masing untuk menjamu selera.
Simpan Untuk Kenangan
Tetamu yang menerima kad-kad yang dibuat oleh anda pasti mengenang majlis perkahwinan anda selama-lamanya. Setelah anda membuat kad undangan perkahwinan dan kad tempat duduk secara DIY, sila pastikan anda menyimpan satu atau dua untuk sendiri sebagai kenangan. Anda pasti bangga dengan hasil reka ciptaan anda walaupun perbelanjaan ke atas reben satin adalah sikit tetapi kelainan yang ketara dapat diwujudkan.

Leave a Reply