Cenderahati perkahwinan ataupun door gift kahwin yang biasa diterima oleh semua tetamu jemputan ke majlis perkahwinan ialah beg hadiah yang dipenuhi dengan coklat, kek, kacang atau gula-gula. Pada hari ini, bagi pengantin baru yang lebih moden, berbeza dan peribadi lebih cenderung untuk memilih cenderahati perkahwinan yang berguna, bermakna atau door gift kahwin yang bersifat peribadi bagi tetamu supaya semua yang menghadiri majlis tersebut boleh mengingati hari istimewanya.
Cenderahati Perkahwinan Bersifat Peribadi
Souvenir kahwin yang bersifat peribadi boleh menambah nilai hadiah tersebut. Contohnya pengantin baru boleh memilih alas cawan untuk diberikan kepada tetamu. Mungkin ada berpendapat alas cawan hanya biasa dan tidak bersifat peribadi kerana banyak digunakan oleh pasangan yang berkahwin sebelum anda. Tetapi jika anda memilih alas cawan 2 in 1 iaitu alas cawan yang berfungsi sebagai pelapik dan pada masa yang sama boleh digunakan sebagai bingkai gambar. Pengantin baru boleh memasukkan gambar perkahwinan yang terdapat pada album gambar perkahwinan ke dalam alas cawan dan diberikan sebagai cenderahati perkahwinan semasa hari istimewa mereka.
Cenderahati Perkahwinan Yang Praktikal
Memberi tetamu perkahwinan dengan cenderahati perkahwinan yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian merupakan satu idea yang cemerlang. Pengantin baru boleh memilih pembuka botol atau botol garam untuk tujuan tersebut. Si penerima boleh menyimpan gift kahwin tersebut di bilik dapur dan menggunakannya setiap hari.
Cenderahati Perkahwinan Bersifat Romantis / Dongeng
Bagi pengantin baru yang memilih tema romantis untuk majlis perkahwinannya, mereka boleh memilih cenderahati perkahwinan yang bersifat romantis. Antaranya ialah sabun wangi berbentuk bunga ros yang diisi di dalam kotak yang berbentuk hati. Alas cawan yang berbentuk hati juga sesuai digunakan.
Cenderahati Perkahwinan Bertema “Love”

berapa harga pembuka botol & chopstick kalau ambil dalam 600pcs?mahu tanya cost dulu .Email asap tq.